~ Kenali 10 Sahabat Rasullullah SAW Yang Dijanjikan Syurga ~
SILA LIKE DAN SHARE PADA RAKAN-RAKAN ♥
Siapakah antara yang telah dijanjikan Allah untuk masuk syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.
1. Abu Bakar As-Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain
itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam,
pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga
didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya
(Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika
orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang
dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika
keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada
temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka
Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan
tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan
orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang
tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat
ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Al-Khattab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah
seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya.
Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh
kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasul (tahun
keenam sesudah Muhammad saw diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi
salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish
terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang
seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur
dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal
dalam umur 64 tahun, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan
Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid
Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga
setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan
wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasullulah SAW hidup
dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh
Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang
kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang
meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Talib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan ilmu pengetahuan
yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal
keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah
sejak kecil dan hidup bersama Rasullullah sehingga wafatnya. Ali Bin Abi
Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Iraq
sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan
perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain
Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan
Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus
jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa
pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di
Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga kerana Abu
Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan
mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan
dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan,
pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu
bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang
meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang
Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh
Rasullullah saw untuk memantau gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam
usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti
semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2
kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun),
dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk
Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada
peringkat kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw.
Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam), dan dimakamkan di Urdun yang
sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
Itulah 10 sahabat baginda yang dijanjikan Allah dengan syurga. Iman dan
Amal mereka sangat hebat sehingga mendapat ganjaran yang tinggi daripada
Allah sejak mereka hidup lagi. Kita semua pasti mahu ke syurga kerana
di sana terdapat infiniti keindahan dan kesenangan. Akhirat itu pasti.
Mari tingkatkan amal dan iman untuk menghadapi akhirat.
SUMBER : Hamba Allah
—