Saturday, August 21, 2010

Oh, rindunya kepada zaman kanak-kanak!

Salam 'alaykum,

Zaman kanak-kanak? Apa yang anda selalu bayangkan kalau teringat kembali saat-saat anda menginjak dewasa?

Zaman kanak-kanak!

Penuh dengan kegembiraan, tanpa perlu fikir banyak, hanya main saja setiap detik dan waktu!
Tanpa stress.

Di pupuk oleh ibu-bapa dengan pelbagai ajaran dan sahsiah. Terpulanglah, buruk pupukannya, buruklah jadinya, baik ajarannya, baiklah pula besarnya. :) Justertu, bersyukurlah anda, dilahirkan dalam keluarga yang serba elok, serba sempurna.

Teringat aku, kepada memori-memori saat di tadika, saat di ajar lagu-lagu tradisi, lagu-lagu kanak-kanak, di ajar melukis ikan dan manusia.

Antara lukisan dan lagu di ajar oleh makcik ku :


"Hujan rintik-rintik, air pasang dalam, Mak bagi duit, Ayah bagi duit, Ali pergi sekolah, Cikgu kata 3 tambah 3, Ali jawab 6, Cikgu tanda correct" :D


Ah, sungguh indah sekali! Tak sabar rasanya hati untuk mengulangi saat-saat manis ini bersama kanak-kanak mendatang. :)

Kanak-kanak, ibarat kain putih! Hanya perlu dilakarkan, itulah hasilnya kelak! ;)

Masa berlalu sungguh pantas ! Ibarat sekelip mata sahaja, zaman remaja telah habis ku tempuhi,
kini aku menjengah ke alam 20-an.

Zaman belia-

Zaman di mana aku perlu menyumbang kembali apa yang telah ku pelajari tatkala di zaman kanak-kanak dan juga remaja.

Zaman 20-an, zaman menimba ilmu di dada bagi menempuhi alam pekerjaan yang penuh dengan timbal sumbangan kembali. :)

Ah, masa itu sungguh pantas berlalu!

Wednesday, August 18, 2010

Preoccupied but still standing !

Yes I am ! Insyaallah! Gonna be like this forever! Yup! This is the spirit! Through only this way you will find success! Yes, no doubt! Life in campus is really hard, tough, full of commitments and harsh! But, the bestest thing you could do is to be strong, hold on, do your very best, and make sure you do all out then you can always be in STILL STANDING mode. Insyaallah!

Saturday, August 14, 2010

Rahsia Sifat Tulisan Tangan

Jenis Tulisan dan Rahsia Sifat Amal ialah

[1]: Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

[2]: Tulisan Bulat-Bulat- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).

[3]: Condong Kanan-... Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

[4]: Jarang-jarang- Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

[5]: Huruf JGYZ yang sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

Sumber informasi daripada Datuk Dr. Fadzilah Kamsah

Friday, August 13, 2010

Rahmat dan Nikmat di Rumah Bersama Keluarga Tercinta

Salam 'alaykum, pada tanggal 13 Ogos 2010 hari Jumaat, aku telah membuat keputusan untuk pulang ke rumah di Klang, Selangor buat sementara waktu bagi menyambut Ramadhan dan berbuka serta bersahur bersama Ummi , Abang Amirul, kakak Atiqah dan kucing-kucingku yang bernama Minyoi dan Mikon. :)

Meskipun akan pulang pada esok hari pada pagi Sabtu, tetapi aku tidak kisah, Aku akan mengambil kesempatan ini untuk mencipta kenangan berbuka dan bersahur yg terindah meskipun seketika. Esok dah nak kena 'busy' balik dengan kerja studio dan macam-macam lagi presentation dan tugasan yang perlu disiapkan. Ah, tabah saja lah ye! Lumrah kehidupan sebagai seorang pelajar, lagi-lagi pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah ( urban and regional planning )/ Urban planning yang sememangnya 70 peratus bergantung kepada kerja studio merancang dan 30 peratus teori. :)

Memang sungguh nikmat bila berada dirumah, rasa sangat selamat, tenang, segala kemudahan tersedia, makan-minum sudah tersedia, waktu berbuka jangan cakaplah! penuh makanan di meja ALHAMDULILLAH! tetapi, berpatutan lah. Tidaklah melampaui batas . :) Dapat tengok wajah Ummi, kakak, abang. :) Kucing kesayangan.
Yang penting sekali, kemudahan wireless internet broadband yang superrrrrrrrr lajuuuuuuuuuu memudahkan urusan 'mengorek' ilmu dari internet! hehe :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi :)

Tuesday, August 10, 2010

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM

Akmal lahir pada : Rabu, 12, Muharram, 1412 Hijrah
Perilaku Berdasarkan Bulan Islam: MUHARRAM :Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya.... Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.---- Sumber: http://www.islam.com/islamicdates.asp

Berkat Sahur dan Ramadhan 2010

Selepas sahaja bersahur, tiada aktiviti lain, selain menelaah matapelajaran, mencari maklumat-maklumat tambahan di internet, dan sekaligus solat subuh. Subhanallah! Alhamdullillah! Berkatnya bangun bersahur dan ibadah berpuasa ni! Umurku sudah 19 tahun. Kini, baru ku mengerti segalanya. Betapa banyaknya fadhilah bangun sahur dan ibadah berpuasa ! Menjadikan seseorang itu lebih berdisiplin ( kerana bangun awal ) dan lebih aktif untuk menjalani setiap detik, hari dan juga ketika. Masyaallah! Bayangkanlah jika diri hamba ni rajin dan beristiqamah dalam bab serta soal bangun awal dan mengerjakan ibadah solat subuh. Alangkah bagusnya! Malangnya, diri ini sering alpa dan berterusan hanyut. Keazamaan yang utuh dicari. Ya Allah, perkenankanlah hasrat hamba-Mu. Pasti boleh !

Renungan Bersama

Wasiat Imam Syafi'e rhm berkaitan etika memberi nasihat : " Berikanlah aku nasihat di kala aku sedang bersendiri, dan janganlah nasihati aku di kali aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi ...mendengarkannya. Apabila engkau tidak sependapat denganku dan aku tidak mahu mematuhi nasihatmu, maka janganlah marah ".

Selamat Menyambut Ramadhan ! Part 2

Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR bernombor 1432H dengan destinasi tujuan IDHUL FITRI. Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar.Para penumpang diwajibkan memasang niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT serta menghadap skrin manual panduan QURAN . Penerbangan ini bebas awan PERSELISIHAN. Saya selaku anak kapal bertugas mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. *Taken from a messege I got :). Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang mengenali diri ini :) Semoga mnjadi insan yang lebih baik, Insyaallah :)

Monday, August 9, 2010

Avatar: What type of Bender am I? - Waterbender

>>>>>>
You are a waterbender! You are calm. You are easy-going. You don't let much bother you and are not an aggressive person at all, you'd sooner turn the other cheek than hit back, but that's assuming you'd get hit in the first place! ...which you probably wouldn't because ...you're very good at calming others down, sorting problems out peacefully and defending yourself. Sometimes you might take things too lightly and some say you're not serious enough.

Selamat Menyambut Ramadhan !

Kita seharusnya perlu menjadikan diri kita sebagai abid Rabbani dan bukannya Abid Ramadhani. Abid Rabbani ialah hamba yang beribadat kepada allah sepanjang masa tanpa mengira masa atau musim cuma pada bulan-bulan tertenti ia akan mempergiatkan dan mempertingkatkan amalannya seperti di bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Hasil daripada peningkatan amalan tersebut akan memberi kesen kepada peningkatan kualiti amalannya di masa-masa yang lain. Manakala Abid Ramadhani ialah seorang hamba yang beribadat hanya pada bulan Ramadhan atau ibadahnya hanya bermusim dan ibadahnya pula tidak dapat mempertingkatkan prestasi ibadah seterusnya yang dilakukan pada luar musim atau selepas Ramadhan.

Saturday, August 7, 2010

Temmasya '10 dan Nasibku Yang Baik

Salam 'alaykum to everyone! :)
Sejak semalam, bergegak gempitalah perkarangan kolej kediaman saya iaitu Kolej Kediaman Siswa Jaya, UTM International Campus, Kuala Lumpur dengan suara orang ramai, keceriaan kanak-kanak, suasana yang happening dan pelbagai lagi kegembiraan dan keseronokan yang harmoni.

Iya, TEMMASYA nama acara diberi. Mengukuhkan ikatan antara mahasiswa/siswi dengan masyarakat setempat. Bermula dari 6 Ogos sehinggalah akan berakhir pada 8 Ogos 2010.

Diriku ini hanya duduk di bilik, mentelaah subjek apa yang patut, almaklumlah Isnin ni ada ujian untuk subjek Etika Profesional. Heheh :)

Kedengaran dari bilikku, suasanya memang gamat, tatkala aku menaip post ini, sedang berlangsungnya persembahan wayang kulit yang diiringi dengan hilai ketawa masyarakat yang menjadi penonton pada malam ini. :) Wah, sungguh harmoni sekali apa yg dpt kurasakan pd saat ini :D

Tidak lupa juga, booth booth yang didirikan, daripada kursus-kursus yang terdapat di UTM IC. Tujuan booth adalah untuk memberi pendedahan khusus kepada masyarakat supaya lebih memahami dan mendekati UTM dan bidang-bidang ilmiahnya. Booth Perancangan Bandar dan Wilayah juga tidak ketinggalan ;D

Tahniah UTM IC! :D

Okay, terus kepada topik "Nasibku Yang Baik" pada malam ini. Haha. Begini ceritanya, aku turun ke tingkat 2 setelah bersiap dengan segala jenis pakaian yang hendak dibasuh. Aku teruskan perjalanan ku dari tingkat 3 ke tingkat 2 dimana bilik membasuh lengkap dengan kemudahan teknologi mesin basuh disediakan. * Wah, zaman sekarang sudah mudah! *

Berbekalkan kepingan syiling berjumlah RM 2. Inilah medium kewajipan jikalau hendak menggunakan mesin basuh di kolej kediaman saya. :)

Aku masukkan baju-baju yang hendak dibasuh kedalam mesin basuh. Aku keluarkan kepingan syiling dengan tujuan untuk memasukkan satu persatu kedalam peti dengan niat mesin dapat berfungsi.

Tetapi, duit syilingku ditolak keluar. Sudah tertera RM 5 di peti duit itu. Aku kehairanan.

Sungguh pelik.

Dalam kehairanan, aku meneruskan langkahku, lalu memasukkan serbuk, dan klik butang "Start''.

Tiba-tiba, mesin basuh itu boleh beroperasi seperti biasa! Aku tersenyum gembira dalam hati. Nasibku memang baik malam ini, aku dapat basuh baju tanpa menggunakan walau sesen pun. Jimat sungguh jimat! Haha. Happynya~

Terima kasih kepada mesin basuh yang tiba-tiba beroperasi dengan sendirinya tanpa perlu memasukkan syiling RM2. Haha !

;D Syukur~

Friday, August 6, 2010

Muslimah Memang Tak Guna ................

Muslimah Memang Tak Guna ................



Saya percaya bahawa apabila anda mula-m...ula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakankomen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.




7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A



:: Rujuklah Eksiklopedia Larangan Bagi Muslimah sebagai panduan
::

(di forward dari iluvislam.com..)

__________________
" Hai, jiwa yg tenang. kembalilah kepada tuhan-mu dengan hati yg puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-ku. dan masuklah ke dalam syurga-ku" (al-fajr:27-30)
See more

Thursday, August 5, 2010

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir̢۪aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.