Saturday, August 7, 2010

Temmasya '10 dan Nasibku Yang Baik

Salam 'alaykum to everyone! :)
Sejak semalam, bergegak gempitalah perkarangan kolej kediaman saya iaitu Kolej Kediaman Siswa Jaya, UTM International Campus, Kuala Lumpur dengan suara orang ramai, keceriaan kanak-kanak, suasana yang happening dan pelbagai lagi kegembiraan dan keseronokan yang harmoni.

Iya, TEMMASYA nama acara diberi. Mengukuhkan ikatan antara mahasiswa/siswi dengan masyarakat setempat. Bermula dari 6 Ogos sehinggalah akan berakhir pada 8 Ogos 2010.

Diriku ini hanya duduk di bilik, mentelaah subjek apa yang patut, almaklumlah Isnin ni ada ujian untuk subjek Etika Profesional. Heheh :)

Kedengaran dari bilikku, suasanya memang gamat, tatkala aku menaip post ini, sedang berlangsungnya persembahan wayang kulit yang diiringi dengan hilai ketawa masyarakat yang menjadi penonton pada malam ini. :) Wah, sungguh harmoni sekali apa yg dpt kurasakan pd saat ini :D

Tidak lupa juga, booth booth yang didirikan, daripada kursus-kursus yang terdapat di UTM IC. Tujuan booth adalah untuk memberi pendedahan khusus kepada masyarakat supaya lebih memahami dan mendekati UTM dan bidang-bidang ilmiahnya. Booth Perancangan Bandar dan Wilayah juga tidak ketinggalan ;D

Tahniah UTM IC! :D

Okay, terus kepada topik "Nasibku Yang Baik" pada malam ini. Haha. Begini ceritanya, aku turun ke tingkat 2 setelah bersiap dengan segala jenis pakaian yang hendak dibasuh. Aku teruskan perjalanan ku dari tingkat 3 ke tingkat 2 dimana bilik membasuh lengkap dengan kemudahan teknologi mesin basuh disediakan. * Wah, zaman sekarang sudah mudah! *

Berbekalkan kepingan syiling berjumlah RM 2. Inilah medium kewajipan jikalau hendak menggunakan mesin basuh di kolej kediaman saya. :)

Aku masukkan baju-baju yang hendak dibasuh kedalam mesin basuh. Aku keluarkan kepingan syiling dengan tujuan untuk memasukkan satu persatu kedalam peti dengan niat mesin dapat berfungsi.

Tetapi, duit syilingku ditolak keluar. Sudah tertera RM 5 di peti duit itu. Aku kehairanan.

Sungguh pelik.

Dalam kehairanan, aku meneruskan langkahku, lalu memasukkan serbuk, dan klik butang "Start''.

Tiba-tiba, mesin basuh itu boleh beroperasi seperti biasa! Aku tersenyum gembira dalam hati. Nasibku memang baik malam ini, aku dapat basuh baju tanpa menggunakan walau sesen pun. Jimat sungguh jimat! Haha. Happynya~

Terima kasih kepada mesin basuh yang tiba-tiba beroperasi dengan sendirinya tanpa perlu memasukkan syiling RM2. Haha !

;D Syukur~

No comments:

Post a Comment