_______________________________________________________
Salam 'alaykum,
Pernah tak berada dalam keadaan sebegini? Berhambur-hambur perkataan dan cadangan yang dikeluarkan daripada kotak suara dan mulut. Bersemangat sungguh. Namun, hakikatnya, jauh berbeza. Habuk apa pun tidak tercapai! Inilah namanya sifat menurut peribahasa "hangat-hangat, tahi ayam ". Mula-mula sahaja hangat, lama - kelamaan sejuk dan mengeras. ( betul ke apa yang aku terangkan ni?) Haha.
Back to the point, manusia? memang sifat manusia. Manusia jenis apa? Manusia jenis sebeginilah! Manusia yang sampai bila takkan maju dan sering di belakang. Kalau tidak maju dan tidak mengganggu.Tidaklah menjadi masalah sangat. Sudahlah tidak maju, berfikiran sempit, langsung menyusahkan orang lain, dan membuatkan orang sendiri terkebelakang sama!
Bayangkan, betapa jijiknya manusia sebegitu?
Jadi, sesiapa yang baca post saya ni, janganlah cuba-cuba untuk menjadi golongan sebegitu, OK?
Jadilah, manusia yang maju kehadapan, penuh dengan visi , dan misi, sentiasa mengasihi orang lain, dan bercita-cita tinggi serta berfikiran positif! Hiduplah dengan aman dan penuh kejayaan. Itu sudah pasti saya petik daripada ajaran Islam itu sendiri.
Kejayaan dalam keamanan!
Bukannya, berjaya tetapi tidak aman, atau tidak berjaya tetapi aman pun apa gunanya, ataupun tidak aman dan tidak berjaya, lagilah keparat!
Bersama-samalah kotakan apa yang diucapkan, barulah digelar manusia yang berjaya! Insyaallah diredhai Allah s.w.t di dunia serta di akhirat yang kekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal abadi !
:)
:)
No comments:
Post a Comment