MANUSIA MEMANG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH
by FIRMAN ALLAH on Monday, 14 February 2011 at 00:25
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
AL ISRAA' : AYAT 66 & 67
1. Tuhanmu adalah yang melayarkan kapal di lautan untukmu, agar kamu dapat mencari sebahagian dari kurnia (rezeki) Nya. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Penyayang terhadapmu.
2. Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan (kerana ombak yang bergelora disebabkan taufan yang bertiup), nescaya hilanglah siapa jua yang kamu seru selain Dia (Allah), maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan (dari bahaya ancaman lemas itu), kamu kembali berpaling (dari mentaati Allah). Dan manusia itu (nyata) adalah sangat tidak berterima kasih.
KETERANGAN DARI AYAT
Begitulah sifat manusia. Allah semememangnya Maha Mengetahui ciptaan-Nya dan memberi peringatan bagi mereka yang mahu mengambil ikhtibar dari kisah dalam ayat di atas. Dalam ayat di atas, jelas Allah mengerti bahawa tatkala manusia itu ditimpa mara bahaya yang tidak mampu dia mengatasinya sendiri, contoh ketika mereka berada di lautan (dalam pelayaran) @ ketika mereka berada di udara (dalam penerbangan) kemudian mereka itu mengalami ribut taufan dan menyebabkan kapal laut @ kapalterbang mereka bergegar, mereka merasa takut dan ingat serta berserah hanya kepada Allah Swt semata-mata.
Namun, apabila mereka diselamatkan Allah dan selamat mendarat di pelabuhan @ Lapangan Terbang, mereka itu kembali ingkar kepada perintah Allah. Itulah sifat manusia, MUDAH LUPA dan TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH kepada mereka yang pernah berjasa. Dalam ayat ini Allah telah menyelamatkan nyawa mereka, namun amat sedikit yang berterima kasih kepada Allah dalam ertikata lainnya dengan melaksanakan solat 5 waktu yang difardhukan oleh-Nya~Wallahualam~
No comments:
Post a Comment