Thursday, August 25, 2011

Tanggungjawab Suami Mendidik Isteri dan Anak-Anak Ke Jalan Yang Benar iaitu Islam

Oh! Islam

“Aku terima nikahnya dgn si pulanah binti si pulan dengan mas kahwinnya RM..”

Itu adalah tersurat. Apa yg tersirat? Yg tersirat ialah,

“Aku tanggung dosa-dosa si pulanah dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku” [Q]


jelas dalam ayat al-quran Allah berfirman, "Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. tetapi dosa anak yang belum baligh ditanggung oleh bapanya. wallahu a'lam [S]

No comments:

Post a Comment