AL-MULK : AYAT 1 & 2
سم الله الرحمن الرحيم
- Maha Suci Allah Yang ditangan-Nyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
- Yang menjadikan mati dan hidup, supaya (dapat) Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
PENGAJARAN DARI AYAT
Ayat 2 dalam Surah Al Mulk ini menjelaskan sekali lagi tujuan sebenar mengapa Allah mencipta dan melahirkan kita di dunia ini. Hanya untuk beramal dan bermain-main dalamnya. Bermain dalamnya itu bermaksud apa sahaja yang kita lakukan selain dari beramal seperti bekerja mencari rezeki, belajar ilmu akademik, bermasyarakat, bersukan dan lain-lain. Dalam bermain-main itu Allah menetapkan bahawa setiap dari kita perlu menuntut ilmu Agama (Alim) serta melakukan ibadah-ibadah WAJIB dan MUAKKAD agar hidup kita menjadi sempurna, yakni agar kita dapat menepati janji kita kepada Allah. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment