Monday, January 31, 2011

MAJORITI BUKAN PETANDA SESEORANG ITU BENAR

MAJORITI BUKAN PETANDA SESEORANG ITU BENAR

by FIRMAN ALLAH on Tuesday, 01 February 2011 at 08:25

AL AN'AAM : AYAT 116 & 117

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka (yakni mengikut rasa dan sangkaan - bertaqliq), dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah - contohnya: menghalalkan yang haram dan membiarkan perkara di luar syarak itu berlaku tanpa ada yang menegurnya).
  2. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dia lebih mengetahui (pula) tentang orang-orang yang mendapat petunjuk (yakni orang yang berada di jalan yang lurus).

PERINGATAN DARI AYAT INI

Kita tidak diperintah Allah supaya melakukan apa yang dilakukan orang ramai melalui kaedah yang dipanggil 'majoriti', sebaliknya kita diperintahkan untuk mentaati Allah dan mencontohi (mengikut cara dan sunnahnya) Rasululullah Saw.

Dalam satu majlis di tempat Rabi'ah, yang dihadiri cucu Syaidina Ali r.a. dan cicit kepada Rasulullah Saw (yakni Abdullah bin Al Hasan bin Ali bin Abi Talib) dan ketika mereka bermuzakarah, datang seorang lelaki menyatakan: "Amalan yang dilakukan orang ramai berlainan benar dengan PANDANGAN tuan ini"

Abdullah (cicit Rasulullah Saw) menjawab lelaki itu dengan pertanyaan: "Apakah pendapat anda apabila ramai orang jahil menjadi pemerintah? Adakah tuan mengira itu sebagai hujah (bukti) yang boleh mengatasi sunnah?

Jawapan ini menunjukkan bahawa Abdullah cuba menjelaskan bahawa walaupun bilangan orang yang jahil dan sering melakukan bidaah itu tersangat ramai, 'majoriti' itu bukanlah hujah atau sebab yang membenarkan sesuatu perkara itu mengatasi sunnah Rasulullah Saw. Perkata ini di akui oleh Rabiah: "Saya bersaksi bahawa ini adalah ucapan cicit kepada Rasulullah Saw". ~ Wallahualam ~

2 comments:

  1. Salam 'alaykum Azri,
    thanks for commenting :)
    Copy dari Firman Allah kat Facebook jer :)
    Sangat bermanfaat!

    ReplyDelete