Thursday, January 20, 2011

HANYA ILMU SYARIAT (YAKNI ILMU AGAMA) SAHAJA-LAH YANG ALLAH TUNTUT KEATAS MANUSIA - SIRI MEN'TAUHID'KAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

HANYA ILMU SYARIAT (YAKNI ILMU AGAMA) SAHAJA-LAH YANG ALLAH TUNTUT KEATAS MANUSIA - SIRI MEN'TAUHID'KAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

by FIRMAN ALLAH on Friday, 21 January 2011 at 08:59

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, ketahuilah bahawa ILMU tentang ketuhanan dan agama itu sahajalah yang sebenarnya dituntut Allah untuk kita pelajari dalam firman-firman-Nya dalam Al-Quran. Selain dari ilmu syariat agama, semuanya hanyalah untuk dunia dan tidak dituntut oleh Allah Swt.

Dari awal lagi manusia telah terlalai apabila menggangap ILMU AKADEMIK yang mereka tuntut di Menara Gading itu sebagai Ilmu yang dimaksudkan Allah dalam ayat-ayat-Nya (dalam Al-Quran). Justeru itu, semakin ramai manusia berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka berpengajian di Universiti-Universiti 'kononnya' supaya mereka menjadi orang yang berilmu dan sebagai memenuhi tuntutan ISLAM untuk kita menuntut ilmu. Mereka mengimpikan anak mereka menjadi pakar perubatan, pakar kejuruteraan, pakar sains, pakar bio tech, pakar IT dan lain-lain lagi. Islam tidak menghalang kemajuan seperti itu NAMUN ilmu yang Allah maksudkan untuk kita tuntut dalam Al-Quran adalah Ilmu Syariat (Agama) dan bukan seperti sangkaan kita selama ini. Ini bermakna mereka (graduan dalam akademik) bukanlah orang berilmu di sisi Allah Swt. Mereka hanya berilmu di sisi manusia dan dunia.

Bukti-bukti tentangnya ada dalam banyak ayat-ayat Allah antara lainnya '...Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan-Nya. Dia yang menegakkan keadilan (Allah sendiri), para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga turut menyatakan sedemikian rupa)...' - Surah Ali-Imran: Ayat 18.

Jelas sekali orang yang berilmu dalam ayat di atas adalah menjelaskan golongan (mereka) yang bertakwa dan sentiasa mengESAkan Allah dek kerana Ilmu yang dimilikinya. Ilmu yang mengesakan Allah adalah ilmu syariat.

Lagi firman Allah tentang ilmu syariat: '...nescaya Allah meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat...' - Surah Al-Mujaadilah: Ayat 11.

Dalam ayat di atas juga jelas Allah memaksudkan orang yang berilmu itu sudah semestinya adalah orang yang Alim (yakni berilmu agama). Adalah tidak munasabah bagi Allah mengangkat darjat seorang yang berilmu Akademi (duniawi) dalam ayat ini.

Kemudian Allah berfirman lagi: ''...Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya (hanya) orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran - Surah Az-Zumar; Ayat 9

dan

'...Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah Alim Ulama (orang yang berilmu)...' - Surah Faathir: Ayat 28

Sudah terang lagi bersuluh. Allah menyatakan bahawa orang yang berilmu dalam kedua-dua ayat di atas Surah Az-Zumar dan Faathir adalah mereka yang menuntut ilmu agama Allah (Alim). Adalah tidak munasabah jika kita mengambil ayat dari Surah Faathir itu dan mengatakan bahawa mereka yang berilmu Akademik itu yang takut kepada Allah.

Nanti kita tambah lagi Nas dan Dalilnya apabila ada kesempatan. Buat masa ini memadai dulu secara ringkas dinyatakan bahawa Allah hanya menganggap mereka yang ALIM (berilmu Syariat Agama Allah) sahajalah sebagai ORANG-ORANG YANG BERILMU di sisi-Nya

No comments:

Post a Comment