Thursday, June 30, 2011

Kisah Yang Sangat Menyentuh Hati

Kisah Yang Sangat Menyentuh Hati


Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:
"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"

Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dr sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga ptg. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.


Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dgn segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan putrinya terkejut dgn berita mengenai ibunya itu lalu meminta putrinya tunggu di dlm kereta sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan utk menyeberang jln, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba2 dilanggar bas yg sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…


Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya menganai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari selepas, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapa nya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bhw ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.

Kisah trageik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak2.[video di bawah]

Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dr penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kdg2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran. Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.


Terjemahan:

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…

Hari2 yg berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser tlh melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dlm tempoh masa yg sukar ini Baraah terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kdg2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) utk memberikannya semangat utk terus hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia baru sahaja meninggal dunia pada 26 Jun 2010..innanillahi wainna ilaihi raaji'un..


Semoga mendapat sesuatu daripada perkongsian ini. Apa yang paling nyata buat ana adalah...benar, KEKUATAN ITU HANYA DARI ALLAH..even when we feel like we live for nothing, we smile for nobody to see, and we cry for nobody to hear...she (Bara'a) found..the reason why she shouldn't give up..because her story, herDYING body, and her amazing voice actually give LIFE for others' hearts...

Wallahu'alam.
Sumber dipetik : http://lukisandarijiwa.blogspot.com/2010/06/kisah-yang-sangat-menyentuh-hati.html

Wednesday, June 29, 2011

Prayer, mockey and sport and people without understanding

Im a Muslim & Im Proud
When ye proclaim your call to prayer they take it (but) as mockery and sport; that is because they are a people without understanding.
[Quran:Chp.5:58]

Instead..

Instead of memorising your favourite music track, try memorising your favourite Surah.. Instead of acting like a badman from a film, try acting like our Prophet Muhammad (SalAllahu Alaihi waSalaam) by doing his actions.. Instead of talking rubbish, try giving daw'ah to those who need it..

Bi’ah Islamiah – Hidup bercirikan suasana Islam

Bi’ah Islamiah bermaksud suasana sekeliling yang bercirikan Islam. Rumah yang berbi’ahkan Islam ialah rumah yang susana di dalamnya dibentuk berlandaskan Syari’at Islam sama ada dari sudut pegangan ahli-ahli rumah (bapa, ibu dan anak-anak), pergaulan sesama mereka dan amalan di dalam rumah. Masyarakat yang mempunyai bi’ah Islam pula ialah masyarakat yang segenap aspek menampakkan ciri-ciri keislaman; pemimpin dan rakyatnya berkomitmen dengan Islam, suruhan Islam dilaksanakan, ada budaya dakwah dan amar makruh nahi munkar dan bebas dari maksiat secara terang-terangan.

Bi’ah mempunyai kesan yang amat besar terhadap pertumbuhan seseorang khususnya anak-anak. Anak yang hidup dalam suasana sekeliling yang soleh, ia mudah menjadi insan yang baik. Sebaliknya anak yang hidup dalam suasana sekeliling yang rosak, ia mudah menjadi insan yang rosak. Kerana itu, Rasulullah s.a.w. berpesan agar dihidupkan suasana ibadah di dalam rumah. Baginda bersabda; “Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Baginda bersabda lagi; “Lakukanlah sebahagian solat kamu di rumah kamu. Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu ibarat kubur” (HR Imam Muslim dari Jabir r.a.). Di dalam hadis yang menceritakan tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak, salah seorang yang disebut Nabi ialah; “Seorang pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah Ta’ala” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Bagi orang dewasa pula, antara biah yang amat besar kesan terhadap pembentukan dirinya ialah kawan-kawan sekeliling. Jika kita dilingkungi kawan-kawan sekeliling yang baik dan soleh, kita juga akan tergerak untuk menjadi baik dan soleh atau untuk menjaga kesolehan yang sedia ada pada diri kita. Begitu juga sebaliknya. Nabi s.a.w. berpesan; “Seseorang manusia itu berada di atas agama temannya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhatikan dengan siapa ia berteman/berkawan” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.). Dalam satu hadis, Nabi s.a.w. mengumpamakan kawan yang baik dengan penjual minyak wangi dan kawan yang jahat/buruk dengan tukang besi. Penjual minyak wangi; jika kita tidak dapat minyak wangi darinya, sekurang-kuranya kita dapat juga mencium bau wangi darinya. Adapun tukang besi; sekalipun baju kita tidak terbakar (dengan kerana api yang ia gunakan untuk menempa besi), kita pasti akan tercium bau busuk darinya (Lihat; HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Musa r.a.). Menurut Syeikh an-Nahlawy dalam kitabnya ad-Durar al-Mubahah; tawan/teman yang jahat ialah;

1. Yang menjatuhkan kamu ke lembah maksiat dan larangan-larangan Allah.
2. Melalaikan kamu dari mengingati Allah
3. Mendorong kamu untuk menyanggahi Syari’at melalui ucapan dan keadaan dirinya.
4. Menggalakkan kamu supaya melakukan kerosakan dengan amalan-amalan buruknya.
(ad-Durar al-Mubahah, Bab al-Khamis; Fi al-Akhlaq)

Bagi masyarakat, biah (suasana) yang ada dalam masyarakat akan memberi kesan kepada individu-individu yang menghuni di dalamnya. Kita pernah membaca kisah yang diceritakan oleh Nabi s.a.w. di dalam hadisnya berkenaan seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, kemudian ditambahnya seorang lagi dengan membunuh ‘abid (ahli ibadah). Allah telah menggerakkan hatinya untuk bertaubat. Lalu ia berjumpa seorang alim (ahli ilmu) untuk bertanyakan adakah masih ada peluang taubat untuknya dan bagaimana caranya untuk bertaubat? Setelah memberi peransang kepadanya untuk bertaubat, alim itu menasihatinya; “Jika benar kami ingin bertaubat, hendaklah kamu berpindah ke negeri sekian. Di situ terdapat kelompok manusia yang beribadah kepada Allah. Kamu beribadahlah bersama mereka. Janganlah kamu pulang ke negeri kamu ini kerana negeri kamu adalah negeri jahat/buruk” (Lihat; HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.). Nasihat alim ini memberi isyarat yang cukup jelas kepada kita; betapa pentingnya suasana sekeliling yang baik/soleh untuk membentuk anggota masyarakat yang baik dan soleh. Nasihat alim ini pastinya benar dan amat penting. Jika tidak, tentu Nabi s.a.w. tidak akan menceritakannya kepada kita.

Wallahu a’lam.

kredit: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Ahli Penal Syariah HPA


Salam Ukhuwah..~

Quran Chp 5:58

When ye proclaim your call to prayer they take it (but) as mockery and sport; that is because they are a people without understanding.
[Quran:Chp.5:58]

Tuesday, June 28, 2011

Bersabarlah & Bertasbihlah

"Maka bersabarlah kamu atas apa yang mereka katakan dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbihlah pada waktu-waktu malam hari dan pada waktu-waktu siang hari supaya kamu berasa senang." (SURAH THAHA:130)

TONY BLAIR BACA AL QURAN SETIAP HARI

LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair mengaku dirinya selalu membaca Alquran setiap hari. Setelah bersara dari dunia politik, membuatkan dirinya memiliki waktu yang terluang untuk membaca Alquran.

Sikap ini Blair ini memang lain dari biasanya. Kebiasaannya Blair enggan untuk membicara pasal agama, apalagi semasa dirinya menjadi perdana menteri. Namun sejak 2007 lepas, semasa dia meninggalkan Downing Streets 10, yang merupakan pejabat perdana menteri Britain, dirinya kini jadi lebih terbuka melihat agama.

“Saya membaca Bible dan Al-Quran setiap hari. Ini saya lakukan untuk memahami apa yang terjadi di dunia. Saya melihat Quran sangatlah instruktif,” kata Blair seperti dikutip Daily Mail, Isnin (13/6/2011).


Ahli Politik senior Parti Buruh tersebut yakin dapat memiliki lebih pengetahuan akan Islam dapat membantu tugasannya sebagai utusan khas di Timur Tengah. Pekerjaannya yang ditetapkan oleh PBB, Amerika Syarikat, Russia dan Eropah tersebut ditujukan untuk membantu perdamaian antara Palestin dan Israel.

Blair juga mengatakan bahawa Islam adalah agama yang indah. Dia pun menganggap Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh yang amat mendorong kemanusiaan.

Pada tahun 2006, dia pernah menyebut Al-Quran sebagai buku reformis yang amat inklusif.

“Al-Quran amat meninggikan ilmu pengetahuan dan amat membenci tahayul. Selain itu Al-Quran juga amat praktikal dan jauh lebih maju ketika membicarakan sikap menghadapi pernikahan, keadilan bagi perempuan serta pemerintahan,” jelas Blair.

Pada Oktober lalu, ipar Tony Blair, Lauren Booth menggemparkan dunia apabila telah memeluk Islam.

Admin: Kalau orang bukan Islam pun baca Al-Quran, tidak malukah kita sebagai seorang yang mengaku Islam jika Al-Quran hanya diletakkan ditempat yang tinggi (atas almari) tanpa membacanya?

So, sendrik mau ingat!


Salam Ukhuwah..~


*Di 'copy' dari Tok Wan 2 di laman web Facebook :)

Isra 'and Miraj

Isra 'and Miraj;
Glorified be He Who carried His servant (Muhammad) by night from the Sacred Mosque (in Mecca) to Al-Aqsa Mosque (in Palestine), which We have blessed, to show him the signs (the power and greatness) We. He is the Hearer, the Knower.
(Surah al-Isra ': 1)

Saturday, June 25, 2011

Help others in hard time

Prophet Muhammad (pbuh) said: “Whoever relieves a Muslim of some distress in this world, Allah will relieve him of some distress on the Day of Resurrection. Whoever is easy-going with a debtor who is facing hardship, Allah will make it easy for him in this world & in the Hereafter & whoever conceals a Muslim’s faults, Allah will conceal his faults in this world & the Hereafter.” [Muslim 2699]

Tuesday, June 21, 2011

Kembali Kepada Allaah SWT

Dari Ibnu Umar ra katanya; Rasulullah SAW memegang bahuku lalu ia bersabda: "Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)". Dan adalah Ibnu Umar ra berkata: "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau". (al-Bukhari)

Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitu alam akhirat yang kekal abadi.

Untuk itu, setiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal sudah tentu waktu itu tidak akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.

Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya. Manusia yang mengejar dan menghabiskan masa dengan mencari "sesuatu yang tidak diciptakan oleh Allah di dunia" (kebahagiaan yang hakiki) adalah manusia yang rugi dan perbuatan yang sia-sia.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." (Hadis Riwayat Anas r.a)

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib mempercayai dan bersyukur terhadap kurniaan Allah. Ini kerana beriman kepada qada dan qadar merupakan rukun iman yang ke-6 dan menyangkalnya boleh mengakibatkan terbatalnya iman kita.

Sesungguhnya takdir manusia telah ditentukan sedang ia masih di dalam kandungan ibunya. Namun ini bukan alasan untuk umat Islam hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha dan berdoa. Sebaliknya umat Islam harus menggunakan alasan ini untuk lebih kuat berusaha dan berdoa dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.


كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتاً فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)

kredit: Menoufiaz


Salam Ukhuwah..~

16 Fakta Menakjubkan Tentang Bayi Baru Lahir! :)

‎1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.Bayi mempunyai deria bau yang kuat.

5. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.

9. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.

10. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

11. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

12. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

13. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

14. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

kredit: mazlina mohd nazir


Salam Ukhuwah..~

Kematian..:))

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)

Huraian Hadith:

1. Kita wajib
menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.

2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.

4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.

Larangan Meminta-minta Mati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.


كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)

kredit: Izzy Sabki

Sunday, June 12, 2011

Love & Allaah

‎-♥ Dua ♥-

'O Allaah I ask You for Your Love & the love of those whom You Love & the actions that will cause me to attain Your Love, O Allaah make Your love more beloved to me than myself, my family & cold water'.. Ameen.

Friday, June 10, 2011

Memberi Salam. Sunat, Harus, Makruh, Wajib, atau Haram?

Oleh: Ustz Salman Maskuri

Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat. Dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib. Tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab.

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242. Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:


  1. Orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  2. Orang yang sedang berada didalam tandas
  3. Orang yang sedang makan dan minum
  4. Orang yang sedang berperang
  5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  6. Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
  10. Orang yang sedang qada’ hajat.
  11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  12. Orang yang sedang iqamat
  13. Orang yang sedang mabuk.
  14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  15. Orang yang sedang solat
  16. Orang gila
  17. Kanak-kanak
  18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah
  21. Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…


Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.

Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). ( Surah Al-Maidah 5: Ayat 2)

Thursday, June 9, 2011

Tanda-tanda kurangnya iman...

Tanda-tanda kurangnya iman...

by Jamaliah Md Shariff on Thursday, 09 June 2011 at 07:37

Tanda-tanda berkurangnya iman ialah:

1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.

2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.

3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.

4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib

5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.

6.Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.

7. Berat dalam mengingat Allah.

8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.

9.Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.

10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.

11.Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.

12.Berasa senang di atas kegagalan orang lain

13.Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.

14.Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.

15.Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.

16.Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.

17.Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.

18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.

19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.

20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.

Bertolong-tolongan untuk kebajikan :)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). ( Surah Al-Maidah 5: Ayat 2)

Monday, May 30, 2011

Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba

Kiamat besar & Kiamat Kecil Datang Tiba-tiba

Surah 24 - Al Nur - Ayat 64

64 Be quite sure that to God doth belong whatever is in the heavens and on earth. Well doth He know what ye are intent upon: and one day they will be brought back to Him, and He will tell them the truth of what they did : for God doth know all things.

Friday, May 27, 2011

Islamic preaching

Invite (mankind, O Muhammad) to the way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Revelation and the Qur’aan) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His path, and He is the Best Aware of those who are guided” [al-Nahl 16:125]

Surah Al-Ikhlaas

The Prophet of Allah (peace and blessings be upon him) said. By Him in whose hand my soul is, certainly surah Al-Ikhlaas is equal to one third of the Qur'an. (Bukhari 4726)

Manakah satu amalan kebaikan yang lebih utama?

Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."

Thursday, May 26, 2011

Terimalah nasihat yang diberikan, bukannya mengungkit peribadi si penasihat..

Bila seseorang ditegur atas kesalahannya, lalu mula 'menyerang' peribadi & ungkit kesalahan lalu yg menasihat, itulah tanda nafsu amarah sdg kuasai mindanya & cuba mncari excuse utk merasa diri tetap lebih baik dari yg lain. Plg minima, usahakn diam ketika terima nasihat yg benar, memang 'pedih' tapi inshaAllah berguna spt pahitnya ubat. -Zaharuddin.net

Wednesday, May 25, 2011

The bravest, most eloquent 9 year-old kid in the world (English subtitles)

Fikiran..

Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang, dan orang yang memikirkan keamanan dan kedamaian, damai lah ia..

Tuesday, May 17, 2011

Sunday, May 15, 2011

Rabbi Yassir wala Tua'ssir

Oh! Islam :
Rabbi Yassir wala Tua'ssir
"Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan"

Monday, May 2, 2011

Mahathir: PRU-13 ujian penting bagi Melayu

Sumber : The Malaysian Insider

Oleh Shannon Teoh

ALOR SETAR, 30 April – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata orang Melayu mesti bersatu di bawah Barisan Nasional (BN) yang didominasi Umno kerana perpecahan mereka kepada tiga parti telah melemahkan kaum itu.

Bekas perdana menteri (gambar) itu berkata, pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dalam waktu terdekat adalah ujian penting bagi orang Melayu.

“Jika kita terbawa-bawa dengan cerita dewa-dewi, maka kita akan menolak BN dan mengundi pembangkang,” kata beliau.

“Pada masa ini, saya mendapati laungan Hidup Melayu tidak mendapat sokongan besar. Orang Melayu kelihatan takut untuk menyebut ‘Melayu’ dalam bumi mereka sendiri,” kata beliau pada majlis yang diadakan di negeri kelahirannya.

“Apabila kita kata ‘Melayu’, kita akan dipanggil sebagai rasis,” kata Dr Mahathir pada Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah.

Perdana menteri paling lama berkhidmat ini berkata, pada masa-masa lalu orang Melayu hanya setia kepada raja masing-masing dan dengan mudah dikuasai oleh negara lain seperti China dan Siam.

Penaung Perkasa ini berkata, Umno telah menyatukan orang Melayu dan memperoleh kemerdekaan daripada British.

Bagaimanapun katanya, kemunculan PAS telah memecahkan orang Melayu kepada dua dan mengakibatkan mereka bertelagah sesama sendiri.

Bekas presiden Umno ini berkata, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan PKR selepas dipecat dari Umno, langkah itu memecahkan orang Melayu kepada tiga.

“Beliau tidak kisah mengenai perpaduan Melayu, beliau hanya mahu jadi perdana menteri,” katanya.

Kemudian Dr Mahathir memberitahu pemberita bahawa adalah baik jika PAS mahu menyertai BN, tetapi “semasa mereka menyertai sebelum ini mereka menyebabkan masalah.”

“Kalau mereka ikhlas, OK,” katanya.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali juga menambah, pihaknya menyokong langkah Najib itu tetapi beliau tidak fikir ia akan menjadi realiti.

“Ini kerana PAS tidak fikir mengenai perpaduan Melayu tetapi hanya mahu mengambil kuasa dan Putrajaya,” katanya lagi.

Di Kuala Terengganu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti UMNO”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.

“PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan Rakyat,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

Bin Laden dead: US official


Source : AFP News

Al-Qaeda leader Osama bin Laden is dead, and President Barack Obama will announce the terrorist mastermind's death, nearly 10 years after the September 11 attacks in a televised address, a senior US official told AFP.

The official said on condition of anonymity that bin Laden was dead, but did not provide details of how his death occurred.

CNN quoted sources as saying that bin Laden was killed in an operation based on actionable US intelligence targeting a mansion outside the Pakistani capital Islamabad.

Obama was imminently to address Americans in a highly unusual Sunday night appearance on television in what would be a massive breakthrough in the US anti-terror campaign.

US armed forces have been hunting the Saudi terror kingpin for years, an effort that was redoubled following the attacks by hijacked airliners on the World Trade Center in New York and the Pentagon which killed 3,000 people in 2001.

But bin Laden always managed to evade US armed forces and a massive manhunt, and was most often thought to be hiding out in Pakistan and Afghanistan border areas.

The death of bin Laden will raise huge questions about the future shape of Al-Qaeda and also have steep implications for US security and foreign policy 10 years into a global anti-terror campaign.

It will also provoke fears that the United States and its allies will face retaliation from supporters of bin Laden and other Islamic extremist groups.

Chants of "USA, USA" rang out from tourists outside the White House as the news of bin Laden's death sent a electric charge through Washington.

A group of around 20 people gathered outside the fence of the presidential mansion and sung the US national anthem and started shouting and cheering.

Despite the decade that has elapsed since the September 11 attacks, the event, one of the most traumatic in US history, still stirs raw emotions, and his demise will be celebrated across the United States.

In the Upstream restaurant in the old market area of Omaha, Nebraska, owners switched TV channels from the evening's sports games as news of Laden's death trickled in.

Patrons cheered and called friends to tell them of the news.

"We are going to be able to remember sitting here, you are going to remember where you where," said Vaughn Wickham from Spirit Lake, Iowa.

Sunday, May 1, 2011

O you who believe!

Im a Muslim & Im Proud
“O you who believe! Seek assistance through patience and prayer; surely, Allah is with the patient." (Qur’an | 2:153)

Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw

‎"Tidaklah seseorang memasuki waktu shalat wajib kemudian ia berwudhu dengan sempurna dan shalat dengan khusyu, sambil memelihara ruku'nya(tidak tergesa2 dalam shalat), melainkan akan terhapus dosa-dosanya yang telah lalu selama tidak melakukan dosa besar, hal itu berlaku sepanjang masa".(HR. Muslim)

♥ jaga iman jaga shalat jaga akhlak... jaga aurat ♥

♥ mari jadi orang baik ♥

♥ Follow twitter @Qurandansunnah

Friday, April 22, 2011

Padamkan Api Kemarahanmu - Akhlak Rasulullah SAW

Padamkan API kemarahanmu yang menjadi tunggangan Syaitan.
Rasulullah Saw hanya marah kpd pelanggaran hukum hakam dalam agama, Baginda Saw tidak pernah marah jika ianya berpunca dari sesuatu yang bukan kerana agama Islam.
******

Aisyah r.a apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW menjawab:
"Akhlak Baginda Saw adalah sama spt firman-firman Allah dalam Al-Quranulkarim"

Saturday, April 16, 2011

The Gifts for The Believers :)

Allah, the Most High, says:
“One Day shall you see the believing men and the believing women, how their Light runs forward before them and by their right hands: (their greeting will be): “Good News for you this Day, gardens beneath which flow rivers, to dwell therein for forever. This is indeed the highest Achievement” [Al Qur’an 57:12]

Friday, April 15, 2011

Allah Knows All

"...And it may be you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. God knows but you do not know." (Quran 2:26)

Jawatan Kosong! ( Iklan Islamik yang Menarik ) :)

Saturday, April 9, 2011

Wanita Tudung Bonggol

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu LAKNATLAH mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Monday, April 4, 2011

Gologan Fasik

AR RUUM : AYAT 14, 15 & 16

by FIRMAN ALLAH on Saturday, 02 April 2011 at 23:05

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

  1. Dan pada hari terjadinya kiamat, di hari itu mereka (manusia) bergolong-golongan (berpecah kepada beberapa golongan yang pelbagai ragamnya mengikut amalan mereka semasa hidup di dunia dahulu).
  2. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka mereka itu Allah tempatkan dalam taman-taman (syurga) bergembira.
  3. Adapun (manakala) orang-orang kafir dan mereka yang mendustakan ayat-ayat Kami (yakni mereka yang mengaku Islam tetapi fasik dan mendustai ayat-ayat Allah dalam Al-Quran serta mereka juga memandang remeh perintah Allah demi kepentingan hidup di dunia dan demi mengekalkan kuasa sementara yang mereka miliki) mereka ini juga (mengikngkari serta mendustakan) akan menemui hari akhirat, maka mereka (dalam golongan ini) tetap kekal berada dalam siksaan (neraka).

AT TAUBAH : AYAT 84 & 85

by FIRMAN ALLAH on Friday, 01 April 2011 at 15:27

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

  1. Dan janganlah kamu sekali-kali mensolatkan (jenazah) seorang yang MATI di kalangan mereka dan janganlah kamu berdiri (mendoakan mereka) di kuburnya. Sesungguhnya mereka itu telah kafir kepada (perintah) Allah dan Rasul-Nya dan mereka itu (ada yang) MATI dalam keadaan fasik (yakni taat pada sesuatu hukum tetapi ada juga hukum yang tidak ditaati mereka ini. Allah mengklasifikasikan orang yang memakai sebahagian dari hukum Islam dan menolak pula hukum yang tidak sesuai bagi dirinya dan pengikutnya sebagai golongan FASIK - golongan yang termasuk dalam larangan Allah dari kita mensolatkan jenazah mereka sepertimana dalam ayat 84 Surah At Taubah ini)
  2. Dan janganlah harta benda serta anak-anak mereka (harta benda dan keturunan golongan FASIK ini) menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki untuk mengazab mereka di dunia dengan (sebab) harta dan anak-anak (keturunan mereka itu) dan agar melayang nyawa mereka dalam keadaan kafir (Nauzubillah himinzalik - Minta dijauhkan Allah dari kita bersekongkol dengan golongan Fasik itu yang kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang berharta dan berkuasa, kerana dengan harta dan berketurunan yang nampak seperti baik-baik di mata orang ramai itu menjadikan mereka seperti seorang yang mulia, walhal mereka itulah orang-orang yang jelas nyata kefasikannya terhadap Allah dan perintah-Nya. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita dari tertarik kepada mereka dengan taburan harta dari sumber haram yang tidak kita ketahui asalnya)

Tuesday, March 29, 2011

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu...

Semoga semua mendapat manfaat.. bERBALOI PENAT LELAH KU... by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda... I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my pen...at lelah paid off... I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:- 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!" 3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat..... 4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness) 5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun. Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini. Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!! And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us! I love you all!!! Good night..... But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan? See more

Monday, March 28, 2011

Loves Him the Prophet PBUH

Narrated by Anas (RA): The Prophet (sallahu alyahi wa sallam) said,

"None of you will have Faith till he loves me more that his father, his children and all mankind".

(Sahih Al-Bukhari, Vol. 1, Hadidth No. 14)

Sunday, March 13, 2011

Zikrullah - menyebut nama Allah s.w.t

Seorang sahabat berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam sudah banyak bagiku. Beritahu aku sesuatu yang dapat aku menjadikannya pegangan/amalan tetap.” Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Biasakanlah lidahmu selalu bergerak menyebut-nyebut Allah (zikrullah).” (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

Tuesday, February 15, 2011

MANUSIA MEMANG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH

MANUSIA MEMANG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH
by FIRMAN ALLAH on Monday, 14 February 2011 at 00:25

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

بسم الله الرحمن الرحيم



AL ISRAA' : AYAT 66 & 67

1. Tuhanmu adalah yang melayarkan kapal di lautan untukmu, agar kamu dapat mencari sebahagian dari kurnia (rezeki) Nya. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Penyayang terhadapmu.


2. Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan (kerana ombak yang bergelora disebabkan taufan yang bertiup), nescaya hilanglah siapa jua yang kamu seru selain Dia (Allah), maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan (dari bahaya ancaman lemas itu), kamu kembali berpaling (dari mentaati Allah). Dan manusia itu (nyata) adalah sangat tidak berterima kasih.



KETERANGAN DARI AYAT

Begitulah sifat manusia. Allah semememangnya Maha Mengetahui ciptaan-Nya dan memberi peringatan bagi mereka yang mahu mengambil ikhtibar dari kisah dalam ayat di atas. Dalam ayat di atas, jelas Allah mengerti bahawa tatkala manusia itu ditimpa mara bahaya yang tidak mampu dia mengatasinya sendiri, contoh ketika mereka berada di lautan (dalam pelayaran) @ ketika mereka berada di udara (dalam penerbangan) kemudian mereka itu mengalami ribut taufan dan menyebabkan kapal laut @ kapalterbang mereka bergegar, mereka merasa takut dan ingat serta berserah hanya kepada Allah Swt semata-mata.



Namun, apabila mereka diselamatkan Allah dan selamat mendarat di pelabuhan @ Lapangan Terbang, mereka itu kembali ingkar kepada perintah Allah. Itulah sifat manusia, MUDAH LUPA dan TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH kepada mereka yang pernah berjasa. Dalam ayat ini Allah telah menyelamatkan nyawa mereka, namun amat sedikit yang berterima kasih kepada Allah dalam ertikata lainnya dengan melaksanakan solat 5 waktu yang difardhukan oleh-Nya~Wallahualam~

Saturday, February 5, 2011

Petua Bangun Solat Subuh

FIRMAN ALLAH
Sebenarnya ada PETUA nak bangun Solat Subuh.

Pertama - kita kena bangun supaya syaitan yang menindih kita supaya nyanyak tidur itu terpelanting dari kita.

Kedua - kita kena ambil wuduk sebaik bangun, kalau dapat mandi dulu lagi bagus. Dengan tindakan itu (berwuduk) syaitan terlepas sebelah tangan dari dakapannya

Ketiga - Solat sunat Rawatib (yakni solat sunat sebelum Solat Subuh), terus terlepas kita dari cengkaman syaitan laknatullah. Then Solat Subuh kita InsyaAllah dapat khusyuk ~Wallahualam~

Thursday, February 3, 2011

5 Kaedah Memperolehi Pahala dengan Mudah!

Hadis Rasulullah Saw menerangkan bahawa manusia boleh memperolehi pahala yang sangat mudah melalui 5 kaedah berikut :

1.Lihat Wajah Ibunya

2.Lihat Air Zam-Zam,

3.Lihat Ayat suci Al-Quran,

4.Melihat Kaabah di Baitullah

5. Melihat ALAM CIPTAAN ALLAH dan setiap kejadian yang berlaku di hadapan kita.

Firman Allah - Alghuroba'

SEBELUM SOLAT JUMAAT: Anda SABAR bila dicemuh? Jika anda mbicarakan SOAL HAK (yakni kbenaran Agama Allah), jgn pedulikan cemuhan thadap anda. Dan yg paling UTAMA, ampunkan SETIAP DOSA mrk yg mcemuh anda itu. Mgkin mrk tdk tahu bhawa ssungguhnya org yg mgingatkan kpd kbenaran dan ksabaran itulah org-org yg beruntung di sisi Allah :-)

    • FIRMAN ALLAH
      Rasulullah Saw bersabda (makhumnya): "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing (terpencil) dan nanti akan kembali asing sebagaimana mula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (yakni alghuroba' / terpencil / kecil bil...angan penyokongnya)." - Hadis Riwayat Muslim

      "Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba' / terpencil). (kerana Mereka adalah) orang-orang soleh yang berada di tengah orang-orang (ramai) yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya (nyata) lebih ramai daripada yang mengikuti mereka."- Hadis Riwayat Ahmad.

      "Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yakni mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika (kebanyakan) manusia itu rosak."- Hadis Riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry

AN NAHL : AYAT 96 & 97

AN NAHL : AYAT 96 & 97

by FIRMAN ALLAH on Thursday, 03 February 2011 at 23:00

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Apa yang (ada) di sisimu akan lenyap (hilang-musnah-hancur), sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
  2. Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh (mereka itu) baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan (sungguh-sungguh) beriman (kepada Allah), maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya (balasan) kehidupan yang lebih baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan (itu).

PENGAJARAN DARI AYAT INI

Allah akan membalas berlipat kali ganda pahala dan kebaikan bagi sesiapa jua lelaki dan perempuan yang beramal soleh dan melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah Taala. Dalam anda melakukan kebaikan itu, sudah pastilah ada rintangannya dan rintangan itu mungkin berupa cegahan dari mereka yang benci dan hasad (dengki) terhadap anda.

Janganlah anda berputus asa dalam melakukan kebaikan dan kebajikan, anda harus meneruskannya (melakukan kebaikan) kerana Allah Taala walau pun akan ada seribu yang lain membenci. Jika perbuatan mereka itu SALAH, maka anda akan tegas menyatakan bahawa ianya SALAH, dan jika HARAM maka bertegaslah pula dalam mengHARAMkannya. Lakukanlah usaha berterusan dalam memerangi kemungkaran demi SYIAR Agama Allah Taala, yakni dengan tidak mengharap sanjungan ataupun apa-apa balasan dari makhluk selain harapan kepada Allah Azzawajala ~ Wallahualam ~

Monday, January 31, 2011

MAJORITI BUKAN PETANDA SESEORANG ITU BENAR

MAJORITI BUKAN PETANDA SESEORANG ITU BENAR

by FIRMAN ALLAH on Tuesday, 01 February 2011 at 08:25

AL AN'AAM : AYAT 116 & 117

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka (yakni mengikut rasa dan sangkaan - bertaqliq), dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah - contohnya: menghalalkan yang haram dan membiarkan perkara di luar syarak itu berlaku tanpa ada yang menegurnya).
  2. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dia lebih mengetahui (pula) tentang orang-orang yang mendapat petunjuk (yakni orang yang berada di jalan yang lurus).

PERINGATAN DARI AYAT INI

Kita tidak diperintah Allah supaya melakukan apa yang dilakukan orang ramai melalui kaedah yang dipanggil 'majoriti', sebaliknya kita diperintahkan untuk mentaati Allah dan mencontohi (mengikut cara dan sunnahnya) Rasululullah Saw.

Dalam satu majlis di tempat Rabi'ah, yang dihadiri cucu Syaidina Ali r.a. dan cicit kepada Rasulullah Saw (yakni Abdullah bin Al Hasan bin Ali bin Abi Talib) dan ketika mereka bermuzakarah, datang seorang lelaki menyatakan: "Amalan yang dilakukan orang ramai berlainan benar dengan PANDANGAN tuan ini"

Abdullah (cicit Rasulullah Saw) menjawab lelaki itu dengan pertanyaan: "Apakah pendapat anda apabila ramai orang jahil menjadi pemerintah? Adakah tuan mengira itu sebagai hujah (bukti) yang boleh mengatasi sunnah?

Jawapan ini menunjukkan bahawa Abdullah cuba menjelaskan bahawa walaupun bilangan orang yang jahil dan sering melakukan bidaah itu tersangat ramai, 'majoriti' itu bukanlah hujah atau sebab yang membenarkan sesuatu perkara itu mengatasi sunnah Rasulullah Saw. Perkata ini di akui oleh Rabiah: "Saya bersaksi bahawa ini adalah ucapan cicit kepada Rasulullah Saw". ~ Wallahualam ~

KEHARUSAN BERDAKWAH BAGI SEMUA UMAT ISLAM - ALI IMRAN : AYAT 104 - 106

KEHARUSAN BERDAKWAH BAGI SEMUA UMAT ISLAM - ALI IMRAN : AYAT 104 - 106

by FIRMAN ALLAH on Monday, 31 January 2011 at 22:25

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Dan hendaklah ada diantara kamu sekumpulan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang munkar (yakni segala perbuatan yang menjauhkan kita dari rahmat Allah); merekalah orang-orang yang beruntung.
  2. Dan janganlah kamu menyamai (mengikuti) orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah yang akan mendapat siksa yang berat.
  3. .....Adapun ada orang yang menjadi hitam suram (wajahnya); (kepada mereka ini dikatakan): "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman?, kerana itu (maka) rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itiu"

Sunday, January 30, 2011

At Taubah : Ayat 53

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Katakanlah: "Nafkahkanlah hartamu, baik dengan sukarela ataupun dengan (kerana) terpaksa, NAMUN nafkah itu sekali-kali tidak akan diterima (segala amal itu) dari kamu. Sesungguhnya (ini adalah kerana) kamu adalah orang-orang yang fasik.

PENGAJARANNYA

Dalam bahasa, fasik (al-fisq) maknanya adalah keluar (al-khurûj). Sementara itu, secara istilahnya pula, orang fasik itu adalah orang yang menyaksikan (yang tahu tentang sesuatu hukum) tetapi tidak meyakini dan melaksanakan. Dalam kata lainnya fasik (al-fisq) bermakna maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar. Fasik juga boleh di sama ertikan dengan menyimpang dari agama dan cenderung pada kemaksiatan, sepertimana iblis dan syaitan yang sentiasa melanggar perintah Allah (fasaqa), yakni menyimpang dari ketaatan kepada-Nya (ketaatan kepada Allah Taala).

Ya Allah, Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah semua. Kalau melihat kepada ciri-ciri orang yang fasik kepada Allah seperti di atas, kebanyakan kita termasuklah diri saya sendiri, nyata sukar untuk melepasi batasan dan rintangan ini kecuali dengan IMAN dan TAKWA. Jika kita tidak berusaha mengatasi masalah sikap sepeti di atas itu (fasik), maka rugilah segala sedekah yang kita keluarkan selama ini. Bayangkanlah Muslimin dan Muslimat, apabila kita MATI nanti hanya 3 perkara yang kita bawa bersama yakni:-

  1. Amal dan sedekah jariah kita. (terhakis kerana kita fasik tadi)
  2. Ilmu yang kita sampaikan dan memberi manfaat kepada yang lain dengan ilmu itu.(kena berilmu sebelum menyampaikan sesuatu ilmu itu)
  3. Anak soleh/solehah yang beramal soleh kerana Allah dan mendoakan kita.(susah nak ada akhir zaman ini)

JADI Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah semua, apa yang tinggal bersama kita untuk kita bawa bertemu Allah nanti di ALAM BARZAKH? Apakah kita akan meneruskan hidup dalam keadaan fasik kepada Allah itu? Jika semuanya tertolak kerana kefasikan kita itu, aniayalah kita Muslimin dan Muslimat bila kembali kepada Allah nanti.

PERINGATAN: Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan tempat persinggahan paling ngeri sebelum akhirat - sabda Rasulullah Saw.



from Firman Allah via Facebook.com

Saturday, January 29, 2011

BERLUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN - MUNAFASAH

BERLUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN - MUNAFASAH

by FIRMAN ALLAH on Saturday, 29 January 2011 at 22:29

AL MUTHAFFIFIIN : AYAT 22 - 26

  1. Sesungguhnya orang yang berbakti (yakni melakukan kebaikan semasa hidup mereka) itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (dalam Syurga),
  2. mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang (sesama mereka)
  3. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh dengan kenikmatan.
  4. Mereka diberi minum dari khamar yang suci murni (sejenis arak di Syurga) yang berada dilaknya (tempatnya).
  5. laknya (tempatnya) adalah kasturi; dan untuk yang demikian itu (untuk mendapatkan kesemua nikmat di syurga ini) hendaknya orang berlumba-lumba (melakukan kebaikan semasa hidup di dunia)

Allah menyukai manusia yang berlumba-lumba kepada melakuklan kebaikan dan kebajikan. Allah berjanji membalas dengan kenikmatan (Syurga) bagi mereka yang berusaha dan berlumba-lumba menyampaikan kebaikan dari ilmu-Nya. Ini kerana, barangsiapa yang berusaha untuk istiqomah dalam melakukan kerja-kerja kebaikan, amal jariah dan berdakwah pada setiap saat dari kehidupannya (mengikut kaedah yang mampu dilakukannya), InsyaAllah, baiklah balasannya nanti sebagaimana janji Allah dalam ayat di atas.

Dalam hal berlumba melakukan kebaikan ini, Rasulullullah Saw bersabda: "...Tidaklah boleh adanya dengki kecuali dalam dua perkara iaitu dengki terhadap seorang yang diberi harta oleh Allah, lalu di belanjakannya harta itu ke jalan Allah yakni jalan yang hak sehingga habis hartanya itu DAN dengki terhadap seorang yang dikurniakan Allah ILMU, lalu dia mengamalkannya dan mengajar kepada orang ramai ilmu kebaikan (agama) nya itu". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Thursday, January 27, 2011

AL QAMAR : AYAT 47 - 50

AL QAMAR : AYAT 47 - 50

by FIRMAN ALLAH on Thursday, 27 January 2011 at 12:05

Allah Taala memberi gambaran bahawa manusia yang sering mendustakan agama-Nya, dan tidak pula malu melakukan dosa, khianat sesama manusia, iri hati dan dengki menguasai jiwanya, rasa hebat dan besar melebihi Allah merasuk sifatnya, maka khabarkan kepada mereka itu semua bahawa Allah akan menyesatkan mereka itu dari dunia sehinggalah ketika mereka berada di dalam neraka yang menyala-nyala itu, mereka dikhabarkan masih terus di sesatkan Allah walaupun telah dijatuhkan hukuman neraka menerusi ayat di bawah ini...Nauzubillahhiminzalik!!!

  1. Sesungguhnya, orang-orang yang berdosa (itu) berada dalam kesesatan (di dunia) dan dalam neraka (Jahannam).
  2. (Ingat-lah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka, (dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah sentuhan api neraka".
  3. Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut (mengikut) ukuran.
  4. Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kerdipan mata (kejapan mata)

Wednesday, January 26, 2011

Fadhilat Ayat Kursi


Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang beke...rja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
See more

Tuesday, January 25, 2011

Fatigue.

Mengorak langkah di bandar Klang seharian membuatkan kaki hamba pedih dan sakit. Ya Rabb make me strong- ER!

Sunday, January 23, 2011

AL-MULK : AYAT 1 & 2

AL-MULK : AYAT 1 & 2

by FIRMAN ALLAH on Sunday, 23 January 2011 at 07:47

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Maha Suci Allah Yang ditangan-Nyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
  2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya (dapat) Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

PENGAJARAN DARI AYAT

Ayat 2 dalam Surah Al Mulk ini menjelaskan sekali lagi tujuan sebenar mengapa Allah mencipta dan melahirkan kita di dunia ini. Hanya untuk beramal dan bermain-main dalamnya. Bermain dalamnya itu bermaksud apa sahaja yang kita lakukan selain dari beramal seperti bekerja mencari rezeki, belajar ilmu akademik, bermasyarakat, bersukan dan lain-lain. Dalam bermain-main itu Allah menetapkan bahawa setiap dari kita perlu menuntut ilmu Agama (Alim) serta melakukan ibadah-ibadah WAJIB dan MUAKKAD agar hidup kita menjadi sempurna, yakni agar kita dapat menepati janji kita kepada Allah. Wallahualam.

Saturday, January 22, 2011

Lethargic

Salam 'alaykum,

wow, the feeling I have right now, why is it harder than ever? Been to many cities in Malaysia for case study but doing it in my own hometown, Klang feels a lot more tiring! Why? I have no idea. Perhaps, the size of the study area? Yes, my legs in def pain right now and it's late midnight and tomorrow gonna have to wake up early at 8 am for a 'towntrail' session with Miss Azreen. Hope everything will go just fine. Insyaallah. Allah, I beg for you to make me strong! Ya Rabb! :)

Friday, January 21, 2011

AN NAJM : AYAT 31 & 32

AN NAJM : AYAT 31 & 32

by FIRMAN ALLAH on Friday, 21 January 2011 at 07:55

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Dan hanya kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi (pula) balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (yakni syurga).
  2. (Balasan pahala yang lebih baik itu juga adalah bagi) Orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci (jangan menyangka hanya kamu yang benar dan suci). Dia-lah (sebenarnya) yang paling mengetahui tentang (siapakah) orang yang bertakwa.

Thursday, January 20, 2011

HANYA ILMU SYARIAT (YAKNI ILMU AGAMA) SAHAJA-LAH YANG ALLAH TUNTUT KEATAS MANUSIA - SIRI MEN'TAUHID'KAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

HANYA ILMU SYARIAT (YAKNI ILMU AGAMA) SAHAJA-LAH YANG ALLAH TUNTUT KEATAS MANUSIA - SIRI MEN'TAUHID'KAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

by FIRMAN ALLAH on Friday, 21 January 2011 at 08:59

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, ketahuilah bahawa ILMU tentang ketuhanan dan agama itu sahajalah yang sebenarnya dituntut Allah untuk kita pelajari dalam firman-firman-Nya dalam Al-Quran. Selain dari ilmu syariat agama, semuanya hanyalah untuk dunia dan tidak dituntut oleh Allah Swt.

Dari awal lagi manusia telah terlalai apabila menggangap ILMU AKADEMIK yang mereka tuntut di Menara Gading itu sebagai Ilmu yang dimaksudkan Allah dalam ayat-ayat-Nya (dalam Al-Quran). Justeru itu, semakin ramai manusia berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka berpengajian di Universiti-Universiti 'kononnya' supaya mereka menjadi orang yang berilmu dan sebagai memenuhi tuntutan ISLAM untuk kita menuntut ilmu. Mereka mengimpikan anak mereka menjadi pakar perubatan, pakar kejuruteraan, pakar sains, pakar bio tech, pakar IT dan lain-lain lagi. Islam tidak menghalang kemajuan seperti itu NAMUN ilmu yang Allah maksudkan untuk kita tuntut dalam Al-Quran adalah Ilmu Syariat (Agama) dan bukan seperti sangkaan kita selama ini. Ini bermakna mereka (graduan dalam akademik) bukanlah orang berilmu di sisi Allah Swt. Mereka hanya berilmu di sisi manusia dan dunia.

Bukti-bukti tentangnya ada dalam banyak ayat-ayat Allah antara lainnya '...Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan-Nya. Dia yang menegakkan keadilan (Allah sendiri), para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga turut menyatakan sedemikian rupa)...' - Surah Ali-Imran: Ayat 18.

Jelas sekali orang yang berilmu dalam ayat di atas adalah menjelaskan golongan (mereka) yang bertakwa dan sentiasa mengESAkan Allah dek kerana Ilmu yang dimilikinya. Ilmu yang mengesakan Allah adalah ilmu syariat.

Lagi firman Allah tentang ilmu syariat: '...nescaya Allah meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat...' - Surah Al-Mujaadilah: Ayat 11.

Dalam ayat di atas juga jelas Allah memaksudkan orang yang berilmu itu sudah semestinya adalah orang yang Alim (yakni berilmu agama). Adalah tidak munasabah bagi Allah mengangkat darjat seorang yang berilmu Akademi (duniawi) dalam ayat ini.

Kemudian Allah berfirman lagi: ''...Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya (hanya) orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran - Surah Az-Zumar; Ayat 9

dan

'...Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah Alim Ulama (orang yang berilmu)...' - Surah Faathir: Ayat 28

Sudah terang lagi bersuluh. Allah menyatakan bahawa orang yang berilmu dalam kedua-dua ayat di atas Surah Az-Zumar dan Faathir adalah mereka yang menuntut ilmu agama Allah (Alim). Adalah tidak munasabah jika kita mengambil ayat dari Surah Faathir itu dan mengatakan bahawa mereka yang berilmu Akademik itu yang takut kepada Allah.

Nanti kita tambah lagi Nas dan Dalilnya apabila ada kesempatan. Buat masa ini memadai dulu secara ringkas dinyatakan bahawa Allah hanya menganggap mereka yang ALIM (berilmu Syariat Agama Allah) sahajalah sebagai ORANG-ORANG YANG BERILMU di sisi-Nya