Wednesday, November 17, 2010

Selamat Pagi! ( random post )

Semalaman menyiapkan kerja yang perlu disiapkan semula (faham tak?)

Alhamdulillah, sudah pagi. Matahari menjelma semula.
Subhanallah sungguh indah suasana pagi, sungguh nyaman udara pagi.
Amannya kurasakan berada di Klang, bersama ibu-bapa, keluarga tersayang. Rumah ku syurgaku. Tepat sungguh ungkapan itu.
Syukur ya Allah. :)

Bau roti canai, roti bakar, laungan takbir Aidiladha berkumandang.

Ah, kerja masih 70 peratus perlu disiapkan. Gigihkan dirimu. Adat menjadi seorang pelajar universiti. Kuatkan dadamu. Insyaallah semuanya akan membuahkan hasil. Amin Ya Rabbal'alamin.

Tuesday, November 16, 2010

JOM. KITA ULANGKAJI CARA SOLAT AIDIL ADHA

JOM. KITA ULANGKAJI CARA SOLAT AIDIL ADHA



Salam semua.

JOM. KITA ULANGKAJI CARA SOLAT SUNAT AIDIL ADHA

Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad ( sunat yang dituntut )

Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram ( Allahu akbar ) - Niat solat:

Lafaz niat. " Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" ( untuk solat seorang diri ).

" Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" ( jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

(4) Membaca fatihah dan surah al. Akla.

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al.Ghasyiyah.

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir hari raya sebelum berdoa, ( Contoh takbir seperti di bawah )

(11) Membaca dua Khutbah. ( sekiranya bersolat secara berjamaah )


video

Peringatan:

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. ( Aidil Fitri dan Aidil Adha )

Sekian... Wallahu aklam . Wassalam

Copied from .Lee Noh

Monday, November 15, 2010

Pendidikan Seks...Pelacur Sekolah...

Previously on : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=177090892304934&set=a.152051441475546.30817.152030824810941 (Pendidikan Seks akan diperkenalkan di Malaysia sejak umur 6 tahun).

Terkejut dengan foto-foto di atas? Jelas mereka kanak-kanak bawah umur. Ada ulama tua (kerana sekarang kalimat ulama muda amat masyhur jadi mesti ada juga penekanan kepada perkataan ulama tua) yang membantah pendidikan seks. Katanya macam ajar pencuri mencuri. Kelmarin kita membaca tentang pelacur sekolah di Melaka (lihat sini, atau sini, dan di sini).

Agak-agaknya dunia jadi begini kerana memang kita meninggalkan itrah Nabi. Rasulullah SAW bersabda,

من حق الولد على والده أن يحسن اسمه إذا ولد وأن يعلمه الكتابة إذا كبر , وأن يعفّ فرجه إذا أدرك

Ertinya: Hal-hal berikut ini adalah termasuk hak yang dimiliki seorang anak atas ayahnya, iaitu bahawa ayahnya memberinya nama yang bagus ketika lahir, mengajarkan kepadanya baca tulis ketika beranjak dewasa, serta menyucikan kehormatannya dari perilaku asusila ketika sudah mengenal (dalam hal ini yang dimaksudkan adalah masalah seksual).

Jadi, pendidikan seks memang diajar. Oleh ibu-bapa tentunya. Dan dalam dunia yang ibu-bapa keluar rumah pukul 5.30 pagi dan tiba di rumah kembali setelah menjemput anak-anak pada pukul 8 atau 9 malam, siapa yang akan mengambil peranan tersebut?

Rasulullah SAW bersabda lagi:

والذي نفسي بيده لو أنّ رجلا غشي أمرأته , وفي البيت صبي مستيقظ يراهما ويسمع كلامهما ونفسهما ما أفلح أبدا , ان كان غلاما كان زانيا , أو جارية كانت زانية

Ertinya: Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika seseorang menggauli isterinya sementara di rumahnya ada seorang anak yang terjaga, kemudian si anak melihat serta mendengar kata-kata dan tarikan nafas mereka berdua, si anak tidak akan bahagia seumur hidup! Anak itu, baik laki-laki mahupun perempuan, pasti akan menjadi penzina.

Hari ini, kerana faktor ekonomi, masyarakat kita menghuni dalam sebuah rumah yang kecil padat dan berkongsi bersama adik beradik yang ramai. Rumah murah yang diusahakan kerajaan untuk rakyat termiskin misalnya ada berapa bilik? Kita tidak dapat menolak bahawa rumah jenis merpati ini adalah salah satu faktor kebejatan sosial dalam kalangan generasi baharu.

Bilik yang hanya dua itu memang tidak memadai untuk anak-anak. Bayangkan apabila anak-anak lelaki dan perempuan tidur bergelimpangan di ruang tamu. Sedangkan langkah berikutnya yang harus dilakukan apabila anak-anak meningkat dewasa ialah dengan memisahkan tempat tidur anak-anak. Saidina Ali berkata,

... وفرّقوا بينهم في المضاجع إذا كانوا ابناء عشر سنين

Ertinya: Kalau anak-anakmu itu sudah mencapai usia sepuluh tahun, pisahkanlah tempat tidur mereka.

Itu juga pendidikan yang ditekankan oleh Imam Baqir (anak kepada cicit Rasulullah SAW) yang berkata,

يفرّق بين الغلمان والنساء في المضاجع إذا بلغوا عشر سنين

Ertinya: Seandainya anak-anak sudah berusia sepuluh tahun, tempat tidur anak laki-laki harus dipisahkan dari tempat tidur anak perempuan.

Rasulullah SAW sendiri juga bersabda,

الصبي والصبي , والصبي والصبية , والصبية والصبية يفرّق بينهم في المضاجع لعشر سنين

Ertinya: Ketika sudah mencapai usia sepuluh tahun, pisahkan tempat tidur anak-anak, baik antara anak laki-laki, laki-laki dan perempuan, ataupun antara anak-anak perempuan.

Dalam sebuah riwayat ahlul bait ada disebutkan bahawa Imam Jaafar Sadiq (anakanda kepada Imam Baqir) melarang laki-laki untuk mendekati seorang anak perempuan yang telah berusia enam tahun, bila ia bukan muhrimnya. Beliau malah berkata,

إذا أتى عليها ست سنين فلا تضعها على حجرك

Ertinya: Jika anak perempuan sudah mencapai usia enam tahun, jangan biarkan ia di dalam kamarmu.

Beliau juga melarang untuk menciumnya. Beliau berkata,

إذا بلغت الجارية الحرّة ست سنين فلا ينبغي لك أن تقبلها

Ertinya: Jika ada seorang anak perempuan yang telah mencapai usia enam tahun, janganlah engkau menciuminya!

Tentu saja, yang dimaksudkan di sini adalah larangan ciuman daripada orang luar, bukan dari keluarga sendiri seperti ayah, ibu, bapa saudara, dan ahli keluarga yang termasuk ke dalam muhrim. Kerana itu, larangan ini juga berlaku buat anak laki-laki. Dalam hal ini Rasulullah bersabda,

... والغلام لا يقبّل المرأة إذا جاز سبع سنين

Ertinya: Jika seorang anak laki-laki telah berusia tujuh tahun, jangan biarkan ia mencium perempuan.

Jika perilaku asusila ini terjadi, orang tua wajar menjatuhkan hukuman yang dapat membuatkan si anak 'jera' dan tidak mengulanginya. Imam Sadiq pernah ditanya tentang hukuman apa yang harus diberikan kepada seorang anak kecil berusia sepuluh tahun yang berzina dengan seorang perempuan, beliau menjawab,

يجلد الغلام دون الحدّ

Ertinya: Anak itu harus dicambuk dibawah had (tidak sampai batas hukuman sebagaimana bagi orang dewasa)

Pendidikan seks memang perlu dan usah diabaikan. Yang perlu ialah penggubalan korikulum dan silibus yang selaras dengan agama (dalam hal ini saya menyarankan supaya diturut jalan yang disediakan oleh keluarga Rasulullah saw dan keturunannya). Untuk anak-anak bukan Islam, korikulum dan silibus yang selaras dengan agama dan adat budaya masing-masing juga perlu diambil kira.

Jangan menanti-nanti lagi.

Kita tidak tahu apa yang anak-anak lakukan di sebalik dinding seperti yang terpapar di atas!

* Selamat menyambut 9 Zulhijjah..

Kredit : http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/07/pendidikan-sekspelacur-sekolah.html

Saturday, November 13, 2010

Status makanan di restoran bercampur arak

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi mengenai persoalan diri saya tentang menjamu selera di restoran TGI FRIDAYS dan seangkatan dengannya. Jadi saya mengajukan persoalan saya dengan pihak Jakim dan ini jawapannya. Harap dapat disebarkan sebab ramai umat islam masih lagi keliru tentang hal ini .

*Mohon tidak diletakkan nama & email saya*

Terima Kasih

SOALAN:
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya adakah haram jika makan di restoran yang menjual arak seperti TGI FRIDAYS, CHILL’S? Di dalam menunya ada mengasingkan bahagian makanan yang dicampur arak dengan yang tidak dicampur. Saya menjadi keliru dan memerlukan jawapan.

Sekian Terima Kasih.

JAWAPAN DARI PIHAK JAKIM

Waalakumussalam w.b.t

Terima kasih kerana melayari Ruangan Kemusykilan Agama.

Tahniah kerana anda begitu prihatin dengan isu semasa dan berkaitan halal haram sumber makanan dan minuman. Apabila kita menjamu selera di restoran yang mencampurkan produk yang halal dan haram, kita dituntut untuk menjauhinya kerana timbul rasa syubhah. Walaupun menu yang ditawarkan mengatakan tidak dicampur dengan bahan-bahan yang diragui status halalnya, jelas telah timbul syubhah pada diri puan.

An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.’” (HR. Bukhori)

Marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita bahawa setiap yang Allah larang itu pasti ada kebaikan untuk diri kita sendiri. Dan selalu dalam al-Quran mengingatkan supaya kita berfikir akan ayat-ayat Allah. Biar kita dikata kolot oleh manusia tetapi di hadapan Allah kita dimuliakan kerana perbuatan kita melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan perintah-Nya. Ingatlah ? Setiap daging yang tumbuh hasil dari sumber yang haram, maka neraka adalah lebih berhak ke atasnya (daging itu)? Itu adalah sabda Rasulullah SAW

Sebarkanlah walau dengan satu ayat..

The Future is Now

The Future is Now

October 27, 2010 | 3:44:13 am

Gaming in schools is now a reality

A recent article on MatchMove spoke about the need to bring gaming back into schools, and about why this would be a positive change. This was backed with some research by respected researchers like Diana G. Oblinger, and Richard van Eck.

Well, it seems like games having a regular presence in the classroom isn’t as far away as we first thought.

In fact, there are already schools that use gaming as part of their regular course load.

One such school is the Quest to Learn (Q2L) institution. Based in New York, it is a school that believes in creating a learning experience for “digital kids”, or those who are growing up in the computer generation.

Books aren’t engaging enough for this generation’s students

Make no mistake; students at Q2L do not spend all day playing “commercial” games. Instead, specific games are specially chosen to be used as tools. They allow students to step into the shoes of explorers, historians, or mathematicians. The program is about creating a rich learning experience, one that students love to take part in.

The Argyle Secondary School in Vancouver also sports a similar program. According to the Canadian Broadcasting Corporation, the founder of Argyle’s Digital Media Academy (DMA) says students felt more engaged by classes involving game design.

Surprised? You shouldn’t be. Education is simply evolving to be relevant with today’s fast paced world. What worked twenty years ago isn’t guaranteed to be effective now. It’s not that teachers need to completely change the way they work, it’s more like they need to change with the times.

The next generation is going to need even more engagement

It is good to see that educators are beginning to see the value of gaming. Hopefully, this trend will continue into the future.

Friday, November 12, 2010

:::[ Hari KEHANCURAN ]:::

:::[ Hari KEHANCURAN ]:::

by Islam Itu Agamaku on Friday, 05 November 2010 at 23:31

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

||xyah minta izin jika mau 'share'||

M'sian dad in pork issue claims he is not Muslim

M'sian dad in pork issue claims he is not Muslim

Petaling Jaya (The Star/ANN) - Beginda Minda, father of the 10-year-old pupil in Malaysia who was recently caned for bringing pork to school, has denied that he is a Muslim.

"I admit I was a Muslim before. But in 1999, I changed my religion. Now I am a non-Muslim," Beginda said.

The status of his religion had been brought to the forefront since the caning incident.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz said the Government had asked Jakim to investigate the religious status of Beginda.

"Only after this can conclusions be drawn on why his son was caned," said the minister.

Debates and arguments in Parliament over the last two days had centred on whether or not his son Basil -- raised by a Christian mother -- was also Muslim.

Beginda stressed that his son was not a Muslim.

"My son is a Christian. He was brought up according to his mother's religion," he said.

The father also said that in 2004, when he applied for a MyKad, he had his name changed to Beginda Anak Minda.

His son was born on May 8, 2000.

On his birth certificate, no religion is stated for Beginda.

However, an independent MP claimed Beginda had contested under the PKR ticket in the 1999 and 2004 general elections as a Muslim candidate.

Kulim Bandar Baru MP, Zulkifli Noordin, told reporters at Parliament that Beginda had contested the two general elections as Nor Azman Abdullah.

According to a decree issued by the National Fatwa Council, if either parent is Muslim, the child must be Muslim.

Basil was caned 10 times on his palm for eating fried rice with pork which his mother had prepared for him.

The issue first surfaced at a PKR press conference in Kuching where Angela Jabing, the mother of the St Thomas Primary School pupil, accused a senior teacher of caning her son for bringing a non-halal meal to school.

This led to the school senior assistant apologising to Angela which she accepted.

Friday, November 5, 2010

Studio Landskap Oh Studio Landskap!

Salam 'alaykum, sorry dah lama tak update blog :D busy dengan kehidupan di kampus lah katakan..;D Kali ni nak cerita pasal perkara mudah, tetapi jika diulangi beberapa kali, pasti jadi bosan. OK..

Sem kali ni, aku belajar studio landskap, setelah penat belajar pelan susunatur perumahan dan LCP pada tahun pertama...langkah ke tahun 3, studio landskap ! Bunyi macam fun! Interesting~ Penuh kehijauan! Kan?! :D

Memang~ itu dari lahiriah, tpi cuba anda bayangkan anda disuruh bangun dan duduk, bunyi mcm senang bukan? tapi, kalau seribu kali bangun dan duduk? Mesti rasa bosan, bengang, penat, menyesal, boring, rasa give up, terus nak blah.

Haa~ itulah gayanya apabila anda belajar landskap! :D Betapa beribunya pokok dan tumbuhan yang anda perlu tahu, daaaaaaaaaaaaaan susun di dalam pelan landskap! sampai tak tidur dan tak makan, tak mandi jangan ceritalah! 4 hari berturut2! Mengadap AUTOCAD, Laptop, menyusun pokok! Urgh! Isnt that fun! NOT ANYMORE! haha :)
Tapi, nak buat macam mana. Adat sedang belajar di universiti. Terpaksa tempuhi juga :D Sesungguhnya ada orang laagi susah kan? :) Kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil! Insyaallah !

Tapi, pengalaman belajar landskap 1/100 ni, dah mula buat aku berfikir samada mahu sambung atau master dalam landscape engineering ataupun tidak. haha~

Insyaaallah I will strive my best! ^^ Until then, Wassalam

Wednesday, November 3, 2010

Kekuatan dan Ketabahan

Sangat penting dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan ujian/dugaan. :) Insyaallah