Sunday, October 30, 2011

Every son of Adam makes mistakes, and the best of those who make mistakes are those who repent.



The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said:

“Every son of Adam makes mistakes, and the best of those who make mistakes are those who repent.”

[Tirmidhi No. 2499]

Bezanya Iblis dengan Nabi Adam A.S

Muhammad Ibnu Dauri R.A. berkata " Iblis itu celaka kerana 5 perkara :

1- Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya.
2- Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa.
3- Tidak pernah mencela dirinya ( tidak pernah merendahkan diri di hadapan makhluk Allah SWT) di atas dosa yang telah dilakukan.
4- Tidak pernah berniat untuk bertaubat.
5- Putus asa daripada rahmat Allah SWT.


Nabi Adam A.S. bahagia dan mulia kerana 5 perkara:

1- Mengakui dosa yang beliau telah lakukan.
2- Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan.
3- Mencela diri dan merendahkan diri apabila melakukan dosa.
4- Segera bertaubat kepada Allah SWT apabila tersilap melakukan dosa.
5- Tidak putus asa daripada Rahmat Allah SWT ".

kredit: Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.


Salam Ukhuwah..~

Tuesday, October 25, 2011

Siapakah orang yang sibuk ?

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.


Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
by zuedean asclane on sunday, December 25, 2011 at 10:30pm

Thursday, October 20, 2011

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Tuesday, October 18, 2011

Fatimah Anak Kesayangan Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Fatimah merupakan belahan diriku. Siapa yang menyakitinya, bererti menyakitiku. Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama ayah dan suami tercinta. Dia korbankan segala apa yang dia miliki demi membantu menegakkan agama suami. Fatimah adalah wanita yang penyabar, taat beragama, baik perangainya, cepat puas dan suka bersyukur." Sahih Muslim.

Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda dekatnya hari kiamat

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah hilangnya kemanfaatan ilmu,
makin ketara kebodohan,
diminumnya khamar (arak),
meluasnya perzinaan dengan terang-terangan,
banyaknya wanita dan sedikitnya lelaki
sehingga lima puluh wanita mempunyai satu pelindung lelaki;- (Riwayat Bukhari).

Saturday, October 15, 2011

1 HARI akhirat = 1000 TAHUN dunia

1 HARI akhirat = 1000 TAHUN dunia

1 TAHUN akhirat = 365 HARI akhirat x 1000 = 365,000 TAHUN dunia

1 waktu solat= 80 tahun akhirat = 29 200 000 tahun dunia. (80x365x1000)
2 waktu solat= 160 tahun akhirat = 58 400 000 tahun dunia. (160x365x1000)
3 waktu solat= 240 tahun akhirat = 87 600 000 tahun dunia. (240x365x1000)
4 waktu solat= 320 tahun akhirat = 116 800 000 tahun dunia. (320x365x1000)
5 waktu solat= 400 tahun akhirat = 146 000 000 tahun dunia. (400x365x1000)

SEKALI tidak solat dah dekat 30,000,000 tahun kena azab.
SEHARI tidak solat dah dekat 150,000,000 tahun kena azab.
SETAHUN tidak solat dah berapa? 53,290,000,000 (53.29 billion tahun dunia)
masya-allah...

Thursday, October 13, 2011

false oath in confinement, he should make his seat in Hell on account of his (act).

Many of us sometimes swear by Allah's name and take oaths lightly but have you heard what our Prophet said in this regard? The Prophet (peace be upon him) said: If anyone swears a false oath in confinement, he should make his seat in Hell on account of his (act).

Dawud: Book 21, Hadith 3236

Point to be noted don't ever take an oath and break it! Fear your Creator.

credit to : Im a Muslim & Im Proud

Wednesday, October 12, 2011

Ihsan itu ialah kita beribadah kepada Allah seakan-akan kita melihatNya

Ihsan itu ialah kita beribadah kepada Allah seakan-akan kita melihatNya.
Jika kita tidak melihatNya, sesungguhnya Dia pasti melihat kita.

HATI yg IKHLAS tidak akan perasan dengan PUJIAN dan tidak akan terkesan dgn CACIAN

HATI yg IKHLAS tidak akan perasan dengan PUJIAN dan tidak akan terkesan dgn CACIAN atau MAKIAN kerana HATI itu tahu,
PANDANGAN SIAPA yg perlu DIUTAMAKAN..

Tuesday, October 11, 2011

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah


Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

“Wahai akal mengadaplah engkau.”

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :

“Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata,

“Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

“Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”.

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :

“Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ”Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku.”

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat. Oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal diri kita, kerana jika nafsu yang mengawal kita maka kita akan musnah.

In life, something will leave you but Allah will always be there for you

.•❤•. Leave something for Allah but never leave Allah for something. Because in life, something will leave you but Allah will always be there for you .•❤•.

Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)

"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Riwayat al-Bazzar)

Sunday, October 9, 2011

Who is most worthy of my love and respect?

A man asked the Prophet (PBUH) "Who is most worthy of my love and respect?" The Prophet (PBUH)replied, "Your mother." The man asked, "And then who?" The Prophet (PBUH) again answered, "Your mother." The man asked one more time and received the same answer. When the man asked the question a fourth time, the Prophet (PBUH) answered, "Your father." This shows the value of a mother!

Saturday, October 8, 2011

Hai orang-orang yang beriman

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” — At-Tahrim [66]

Makna dalam Setiap Solat Yang Kita Kerjakan...

SUBUH:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat, semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat

Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah?

Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah?
Maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya..
Sesungguhnya Allah SWT akan meletakkan kedudukan seseorang hamba di sisiNya..
Sebagaimana hamba itu meletakkan - Nya di dalam dirinya..

Tuesday, October 4, 2011

Jauhilah dengki

Jauhilah dengki, kerana sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya. (Aun bin Abdullah)

Sesungguhnya jika saya sedang menasihati kamu, bukanlah bererti sayalah yg terbaik dlm kalangan kamu

~Sesungguhnya jika saya sedang menasihati kamu, bukanlah bererti sayalah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana saya juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan~ ♥
-Imam Hasan Al-Basri-

Sunday, October 2, 2011

sesungguhnya berjayalah bagi orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya

" sesungguhnya berjayalah bagi orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya. " (Surah Al-Mukminun 23: 1-2)

boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)

Saturday, October 1, 2011

Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim

Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Lelaki kristian:kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim: tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu
salah satu darinya dibukakn bungkusanya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?

Lelaki kristian:sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim:Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.