Friday, December 31, 2010

A beautiful verse from the Holy Quran



A beautiful verse from the Holy Quran. Allah says: "If you are grateful, Allah shall increase for you." (Qur'an 14:7)

Be Greatful of Allah's Blessings!

Count Allah Azzawajal's Blessings

If you have food in the refrigerator, clothes on your back, a roof overhead
and a place to sleep ... you are richer than 75% of this world.

If you have money in the bank, in your wallet, and spare change in a dish
someplace ... you are among the top 8% of the world's wealthy.

If you woke up this morning with more health than illness ... you are more
Blessed than the million who will not survive this week.

If you have never experienced the danger of battle, the loneliness of
imprisonment, the agony of torture, or the pangs of starvation...you are
ahead of 500 million people in the world.

If you can pray in a Mosque without fear of harassment, arrest, torture, or
death ... you are more blessed than three billion people in the world.

If your parents are still alive and still married ... you are very rare.

If you hold up your head with a smile on your face and are Truly
Thankful... you are Blessed because the majority can, but most do not.

If you can read this message, you just received a double Blessing in that
someone was thinking of you, and furthermore, you are more Blessed than
over two billion people in the world who cannot read this message at all.

Have a good day, count your Blessings to Thank ALLAH Azzawajal, and pass this along to remind everyone else how Blessed we all are. Alhumdulillah!

Indeed, His Creations are The Best, as He Is The Best of all Creators.

Thursday, December 23, 2010

AN NISAA' (WANITA) AYAT : 105-107

AN NISAA' (WANITA) AYAT : 105-107

by FIRMAN ALLAH on Wednesday, 22 December 2010 at 21:12

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah atau terfitnah), karena (membela) orang-orang yang khianat (dilarang membela orang yang berbuat khianat atau berbuat fitnah terhadap orang yang diyakini tidak bersalah)
  2. dan mohonlah ampun kepada Allah . Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
  3. Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelimang dosa,

KEAJAIBAN AL-QURAN - BUKTI KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W !

by FIRMAN ALLAH on Thursday, 23 December 2010 at 16:14

سم الله الرحمن الرحيم

Pertama, biar kita ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cendikiawan Ilmuan Islam Dr.Tariq Al Suwaidan yang diberi Allah ilmu yang sangat bermanfaat bagi menangkis 'kata-kata penafian' kafir laknatullah berhubung kerasulan Rasulullah Saw. Jika benarlah Rasulullah Saw itu bukan PESURUH ALLAH, bagaimanakah mungkin Baginda dapat menyusun Al-Quran dengan keindahan yang bakal didedahkan di bawah ini. Tiada yang mengajar Baginda Rasulullah Saw kecuali DIA Yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa. Subhanallah!!!

Dalam Al Quran (bahasa Arab) sebutan LELAKI adalah 24X, begitu juga sebutan bagi WANITA juga sebanyak 24X. Yang lain-lainnya seperti di bawah ini:-

  1. Lelaki 24X / Wanita 24X
  2. Dunia 115X / Akhirat 115X
  3. Malaikat 88X / Syaitan 88X
  4. Hidup 145X / Mati 145X
  5. Orang Biasa 50X / Rasul 50X
  6. Iblis 11 X / Minta Perlindungan dari Iblis 11X
  7. Musibah (bencana) 75X / Bersyukur 75X
  8. Sedekah 70X / Kepuasan (yang menerima sedekah) 70X
  9. Orang Yang Sesat 17X / Orang Mati 17X
  10. Muslimin 41X / Jihad 41X
  11. Emas 8X / Kesenangan (Kekayaan) 8X
  12. Taat 114X / Sabar 114X

Dan cuba LIHAT angka di bawah, yakni jumlah perkataan ini yang disebut dalam Al-Quran dan hikmah ILMU-NYA kepada manusia:-

  1. Solat - 5X disebut Allah dalam Al-Quran (Kita diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam)
  2. Bulan - 12X disebut Allah dalam Al-Quran (12 bulan dalam kalender)
  3. Hari - 365X disebut Allah dalam Al-Quran (jumlah hari bagi setahun)
  4. Lautan - 32X
  5. Tanah 13X

Mari kita lihat RAHSIA MATEMATIK yang didedahkan Allah bagi mereka yang mengkaji Al-Quran berhubung Keluasan Lautan dan Tanah. Jumlah keluasan ini juga adalah bersamaan dengan keluasan yang telah dihitung oleh para saintis barat pada zaman ini.

Lautan (32) + Tanah (13) = 45

% Keluasan Lautan di bumi adalah 32/45*100 = 71.111%

% Keluasan Tanah adalah 13/45*100 = 28.889%

% Keluasan Lautan + % Keluasan Tanah = 100%

Itu adalah antara sebahagian dari RAHSIA ALLAH dalam AL-QURAN berhubung keadaan bentuk muka bumi yang disembunyikan di dalam Al-Quran kecuali bagi mereka yang mahu berfikir dan menelitinya. TIDAK MUNGKIN ia sengaja diadakan Rasulullah Saw jika tanpa PETUNJUK ALLAH. Rasulullah Saw tidak pernah berpeluang bersekolah dan itu menjadikan Baginda sebagai seorang Buta Huruf dan tidak pantas menulis apa-apa. Allah Swt sengaja memelihara Rasulullah Saw dari sebarang ilmu persuratan (menulis dan membaca) sebelum datangnya Jibril a.s membawa wahyu (dengan perintah Allah Swt). Ini adalah kerana Allah mahu menjelaskan kepada manusia bahawa Al-Quran itu BENAR dari-Nya dan bukan sengaja diada-adakan Muhammad Saw kerana semua dari zaman Baginda hingga akhir zaman mengetahui Baginda tidak pantas menulis mahupun membaca. Jika masih ada yang BUTA dan ENGGAN mengakui kerasulan Rasulullah Saw sebagai Pesuruh Allah, sungguh mereka itu berada dalam kesesatan yang nyata. Minta dijauhkan Allah ia berlaku kepada kita, keluarga dan masyarakat. Nauzubillahiminzalik!!!

SUBHANALLAH...ALLAHUAKHBAR!!!

Tuesday, December 14, 2010

Bestfriend in Islam. :)


“Your best friend is the one who seeing him reminds you of Allah, speaking to him increases you in knowledge, and his actions remind you of the Hereafter.” Prophet Muhammad (pbuh)

Kasih Sayang dari Hospital Tampoi



Kasihan kan? :( kadangkala saya terfikir, bagaimana orang gila boleh menjadi gila? Saya tidak dapat bayangkan betapa peritnya berada dalam minda mereka.Tapi sekejap, Rukayah mana yang ajar Nenek ni cakap Jawa? huhuhu Tahniah kepada penjaga-penjaga atau nurse yang sentiasa bersabar melayan kerenah pesakit - pesakit di hospital ini yang kadangkala boleh menjengkil serta membahayakan keselamatan mereka sendiri. Syabas

Monday, December 13, 2010

Sebagai manusia yang mempunyai hak bersuara dan berkata-kata.

Salam 'alaykum,

just a quick post of what I personally think. Oh well, sebenarnya Islam telah pun menganjurkan perkara murni ini sejak azali lagi.So, I am just gonna make it more recognized and center it back well again! :D Setiap kata-kata yang diucapkan atau dilontarkan oleh seseorang individu mencerminkan sifat,peribadi, IQ, akhlak dia sendiri. Latar belakang, mood, dan perasaan dia ketika itu. Justeru, kita sebagai manusia yang telah diperturunkan agama Allah yakni Islam. Islam itu sendiri bermaksud keamanan. Islam dan nilai murni menganjurkan kita untuk mengeluarkan kata-kata yang :

1) Positif
2) Berilmiah
3) Bermanfaat
4) Berfaedah
5) Memuji kebaikan orang lain
6) Yang manis
7) Sopan
8) Tetap dengan pendirian
9) Tidak menyeleweng
10) Menghormati orang lain.

And the list goes one! Many more to be listed! Secara tuntasnya, untuk mencapai KEAMANAN itu sendiri, inisiatif-inisiatif perlulah dilakukan. Antaranya, bermula daripada PERTUTURAN dan PERCAKAPAN yang dilontarkan oleh KOTAK SUARA KITA.

Ingat! Apa yang dilontarkan mencerminkan SIAPA DIRI KITA.
Ucapkanlah perkara yang bermanfaat, berguna dan disenangi ramai. Insyaallah.

Selawat ke atas Baginda - Muhammad S.A.W

Rasul utusan Allah s.w.t

Peace be Upon Him :)

"Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa 'ala aalihi wa ass-haabihi ajma'iin

Ya allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga & sahabat2 beliau"

*sesungguhnya org yg plg dkt dgn ku di akhirat adlh org yg plg byk b'selawat ke...padaku.

Sunday, December 12, 2010

Cakap mudah, hakikat sebenar?

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286)

_______________________________________________________
Salam 'alaykum,

Pernah tak berada dalam keadaan sebegini? Berhambur-hambur perkataan dan cadangan yang dikeluarkan daripada kotak suara dan mulut. Bersemangat sungguh. Namun, hakikatnya, jauh berbeza. Habuk apa pun tidak tercapai! Inilah namanya sifat menurut peribahasa "hangat-hangat, tahi ayam ". Mula-mula sahaja hangat, lama - kelamaan sejuk dan mengeras. ( betul ke apa yang aku terangkan ni?) Haha.

Back to the point, manusia? memang sifat manusia. Manusia jenis apa? Manusia jenis sebeginilah! Manusia yang sampai bila takkan maju dan sering di belakang. Kalau tidak maju dan tidak mengganggu.Tidaklah menjadi masalah sangat. Sudahlah tidak maju, berfikiran sempit, langsung menyusahkan orang lain, dan membuatkan orang sendiri terkebelakang sama!

Bayangkan, betapa jijiknya manusia sebegitu?

Jadi, sesiapa yang baca post saya ni, janganlah cuba-cuba untuk menjadi golongan sebegitu, OK?

Jadilah, manusia yang maju kehadapan, penuh dengan visi , dan misi, sentiasa mengasihi orang lain, dan bercita-cita tinggi serta berfikiran positif! Hiduplah dengan aman dan penuh kejayaan. Itu sudah pasti saya petik daripada ajaran Islam itu sendiri.

Kejayaan dalam keamanan!

Bukannya, berjaya tetapi tidak aman, atau tidak berjaya tetapi aman pun apa gunanya, ataupun tidak aman dan tidak berjaya, lagilah keparat!

Bersama-samalah kotakan apa yang diucapkan, barulah digelar manusia yang berjaya! Insyaallah diredhai Allah s.w.t di dunia serta di akhirat yang kekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal abadi !

:)

Friday, December 10, 2010

Apa sebenarnya acuan diri saya?

Salam 'alayk,
kadang-kadang selalu (kadang-kadang,selalu?) saya bertanya dan terdetik dalam hati saya.

Apakah nilai/pegangan sebenar yang harus saya pegang?

Saya sudah 19 tahun. Sepatutnya saya sudah ada 'satu pegangan' yang kukuh dalam diri untuk di paut bagi meniti kehidupan alam dewasa yang lagi mencabar.

Kadang2 saya bertanya. Apakah acuan/pegangan itu sudah mantap? sudah pasti ? sudah betul?

Saya dibesarkan dalam keadaan ilmu/suasana keluarga Islam yang agak kuat dan di samping itu juga dipengaruhi oleh ilmu/ filem/ cerita/ pembelajaran / ala moden/ dari segi akademik daripada Barat. (Saya rasa hampir keseluruhan rakyat Malaysia juga dibesarkan sebegini)

Bila sampai satu tahap umur saya waktu saya menaip blog post ni, saya sering bertanya kepada diri sendiri dan melihat sendiri keadaan saya .

Kadang-kadang saya tawadduk, penuh sifat dan ciri-ciri Islam dan kemelayuan. kadang-kadang saya bersifat moden dan kebaratan melampau. Bahasa inggeris pun kadangkala dicampur adukkan dalam bahasa malaysia saya.

Saya jadi hairan. Tapi, jawapannya cukup mudah. SEIMBANGKANLAH! Dunia dunia juga. akhirat akhirat juga. Malaysia malaysia juga. Tanah air tanah air juga. Pengaruh barat pengaruh barat juga.

Paham?


Ke tak paham?

hehe.

Wednesday, December 8, 2010

"11 AMALAN YANG TERBALIK DI MALAYSIA"

by نور أذهان on Tuesday, 30 November 2010 at 03:00

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkahini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapatbaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri ituberhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kitamaka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah - Awal Muharram 1432H !

Salam 'alaykum,

In the blink of an eye, we've reached a year passed according to Islamic calendar :] Masyaallah!
A year older a year wiser, dear muslims and friends!

So, what are you new year wishes?

Mine are :

1) to study well and smart, and be a better and good son, human, a student, and a muslim. insyaallah.
2) something secret that should not be listed here.
3) To always pray early at its time.
4) something secret that should not be listed here.
5) Again.

So, dear friends, why don't you make your own whishes list and start making things happen for year 1431 H! :D * and make sure to make the list in private * lol


Insyaallah, wishing you the best ahead! Thanks for reading. Salam'alaykum.

Friday, December 3, 2010

Sem brrreaak.

Salam 'alaykum,
So, currently I am in a month of holidays, it's sem break for the first semester of Year 2.
I really don't know what to do.
Instead, of just makan, tidur, get online 24 hours, playing with cats, sleep and seat. I am feeling so not productive. Just feelin like vlogging and blogging this whole month. Urgh.
Planning to get a partime job. Err. Maybe not. the holiday's too short.
Ah~maybe I should just enjoy these free time and just relaxxxx~~ hehehe

Wednesday, December 1, 2010

MAHA Expo 2010

Salam 'alaykum,

Yesterday, on the last day of November 2010, ( 30th of Nov 2010 ) Me, my eldest sister-Atiqah and my auntie ( Mak Itam ) went to the Malaysia Agriculture, Horticulture, & Agrotourism International Expo (MAHA 2010) at Universiti Putra Malaysia, (UPM) Serdang. It was fun! :D
There were full of Malaysian fruits, cultures, animals and products! We got free foods, fruits and juices samples at almost every corner we stop! It was all worth the day! :D
I am looking forward for next year's event! I can't wait! :D

Free massive banana at House of Selangor
.A smiling goat at a farm exhibition. :D