Tuesday, February 15, 2011

MANUSIA MEMANG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH

MANUSIA MEMANG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH
by FIRMAN ALLAH on Monday, 14 February 2011 at 00:25

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

بسم الله الرحمن الرحيم



AL ISRAA' : AYAT 66 & 67

1. Tuhanmu adalah yang melayarkan kapal di lautan untukmu, agar kamu dapat mencari sebahagian dari kurnia (rezeki) Nya. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Penyayang terhadapmu.


2. Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan (kerana ombak yang bergelora disebabkan taufan yang bertiup), nescaya hilanglah siapa jua yang kamu seru selain Dia (Allah), maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan (dari bahaya ancaman lemas itu), kamu kembali berpaling (dari mentaati Allah). Dan manusia itu (nyata) adalah sangat tidak berterima kasih.



KETERANGAN DARI AYAT

Begitulah sifat manusia. Allah semememangnya Maha Mengetahui ciptaan-Nya dan memberi peringatan bagi mereka yang mahu mengambil ikhtibar dari kisah dalam ayat di atas. Dalam ayat di atas, jelas Allah mengerti bahawa tatkala manusia itu ditimpa mara bahaya yang tidak mampu dia mengatasinya sendiri, contoh ketika mereka berada di lautan (dalam pelayaran) @ ketika mereka berada di udara (dalam penerbangan) kemudian mereka itu mengalami ribut taufan dan menyebabkan kapal laut @ kapalterbang mereka bergegar, mereka merasa takut dan ingat serta berserah hanya kepada Allah Swt semata-mata.



Namun, apabila mereka diselamatkan Allah dan selamat mendarat di pelabuhan @ Lapangan Terbang, mereka itu kembali ingkar kepada perintah Allah. Itulah sifat manusia, MUDAH LUPA dan TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH kepada mereka yang pernah berjasa. Dalam ayat ini Allah telah menyelamatkan nyawa mereka, namun amat sedikit yang berterima kasih kepada Allah dalam ertikata lainnya dengan melaksanakan solat 5 waktu yang difardhukan oleh-Nya~Wallahualam~

Saturday, February 5, 2011

Petua Bangun Solat Subuh

FIRMAN ALLAH
Sebenarnya ada PETUA nak bangun Solat Subuh.

Pertama - kita kena bangun supaya syaitan yang menindih kita supaya nyanyak tidur itu terpelanting dari kita.

Kedua - kita kena ambil wuduk sebaik bangun, kalau dapat mandi dulu lagi bagus. Dengan tindakan itu (berwuduk) syaitan terlepas sebelah tangan dari dakapannya

Ketiga - Solat sunat Rawatib (yakni solat sunat sebelum Solat Subuh), terus terlepas kita dari cengkaman syaitan laknatullah. Then Solat Subuh kita InsyaAllah dapat khusyuk ~Wallahualam~

Thursday, February 3, 2011

5 Kaedah Memperolehi Pahala dengan Mudah!

Hadis Rasulullah Saw menerangkan bahawa manusia boleh memperolehi pahala yang sangat mudah melalui 5 kaedah berikut :

1.Lihat Wajah Ibunya

2.Lihat Air Zam-Zam,

3.Lihat Ayat suci Al-Quran,

4.Melihat Kaabah di Baitullah

5. Melihat ALAM CIPTAAN ALLAH dan setiap kejadian yang berlaku di hadapan kita.

Firman Allah - Alghuroba'

SEBELUM SOLAT JUMAAT: Anda SABAR bila dicemuh? Jika anda mbicarakan SOAL HAK (yakni kbenaran Agama Allah), jgn pedulikan cemuhan thadap anda. Dan yg paling UTAMA, ampunkan SETIAP DOSA mrk yg mcemuh anda itu. Mgkin mrk tdk tahu bhawa ssungguhnya org yg mgingatkan kpd kbenaran dan ksabaran itulah org-org yg beruntung di sisi Allah :-)

    • FIRMAN ALLAH
      Rasulullah Saw bersabda (makhumnya): "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing (terpencil) dan nanti akan kembali asing sebagaimana mula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (yakni alghuroba' / terpencil / kecil bil...angan penyokongnya)." - Hadis Riwayat Muslim

      "Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba' / terpencil). (kerana Mereka adalah) orang-orang soleh yang berada di tengah orang-orang (ramai) yang berperangai buruk. Dan orang yang memusuhinya (nyata) lebih ramai daripada yang mengikuti mereka."- Hadis Riwayat Ahmad.

      "Berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba'). Yakni mereka yang mengadakan perbaikan (ishlah) ketika (kebanyakan) manusia itu rosak."- Hadis Riwayat Abu Amr Ad Dani dan Al Ajurry

AN NAHL : AYAT 96 & 97

AN NAHL : AYAT 96 & 97

by FIRMAN ALLAH on Thursday, 03 February 2011 at 23:00

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Apa yang (ada) di sisimu akan lenyap (hilang-musnah-hancur), sedangkan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
  2. Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh (mereka itu) baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan (sungguh-sungguh) beriman (kepada Allah), maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya (balasan) kehidupan yang lebih baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan (itu).

PENGAJARAN DARI AYAT INI

Allah akan membalas berlipat kali ganda pahala dan kebaikan bagi sesiapa jua lelaki dan perempuan yang beramal soleh dan melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah Taala. Dalam anda melakukan kebaikan itu, sudah pastilah ada rintangannya dan rintangan itu mungkin berupa cegahan dari mereka yang benci dan hasad (dengki) terhadap anda.

Janganlah anda berputus asa dalam melakukan kebaikan dan kebajikan, anda harus meneruskannya (melakukan kebaikan) kerana Allah Taala walau pun akan ada seribu yang lain membenci. Jika perbuatan mereka itu SALAH, maka anda akan tegas menyatakan bahawa ianya SALAH, dan jika HARAM maka bertegaslah pula dalam mengHARAMkannya. Lakukanlah usaha berterusan dalam memerangi kemungkaran demi SYIAR Agama Allah Taala, yakni dengan tidak mengharap sanjungan ataupun apa-apa balasan dari makhluk selain harapan kepada Allah Azzawajala ~ Wallahualam ~