Friday, July 13, 2012

Manusia cintakan tiga perkara, sedangkan ketiga-tiga itu bukanlah miliknya:

Manusia cintakan tiga perkara, sedangkan ketiga-tiganya bukanlah miliknya:

i. Manusia cintakan kecantikan tubuh badannya. Sedangkan tubuh-badannya adalah milik ulat-ulat di dalam kuburnya.


ii. Manusia cintakan hartanya. Sedangkan hartanya adalah milik waris-warisnya selepas dia meninggal dunia.


iii. Manusia cintakan nyawanya. Sedangkan nyawanya adalah milik Allah.

Ringkasan Khutbah Jumaat 13/07/2012 bersamaan 23 Shaaban

DAKWAH ITU TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN SETIAP UMAT YANG BERGELAR MUSLIM. :)

Antara hikmah dan cara-cara dakwah yang baik disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah :

1) Berdakwah dengan berhikmah.
2) Dengan lemah-lembut bukannya kekerasan, kerana kalau berdakwah secara keras nanti orang lari!
3)Menyampaikan mesej dakwah dengan terang, jelas, dan tersusun. :)

Insya'allah. Islam akan terus bersinar dan merahmati sekalian alam! :) Amin.

Wednesday, July 11, 2012

Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu!

Sabda Rasulullah s.a.w Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, July 10, 2012

Mudahnya nak bersedeqah!

PELUANG MELAKUKAN KEBAIKAN

Abu Hurairah meriwayatkan; Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; "Pada setiap hari, manusia wajib memberikan sedekah sebanyak anggota badan dan setiap sendinya. Mendamaikain dua orang yang bergaduh adalah sedekah. Menolong orang menaiki haiwan tunggangannya adalah sedekah. Menolong memunggah barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Sepatah kata yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu bagi mengerjakan sembahyang adalah sedekah. Kamu buang benda yang berbahaya dari tempat laluan adalah sedekah."

Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Sumber: Buku al-Arba'in an-Nawawiah oleh Imam Nawawi.

Friday, July 6, 2012

Thursday, July 5, 2012

Ringkasan Khutbah 6th July 2012

Tajuk khutbah : Mencintai Rasullullah...
'ramai anak2 muda menjadikan artis2 serta jaguh2 sukan sbg idola dan ikutan mereka..sehingga berhabis duit dan masa utk meniru cara hidup idola mereka'..