Wednesday, April 28, 2010

Hati Kita Keras!

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Sunday, April 25, 2010

Cuti yang panjang.

Salam 'alaykum and Hi to YOU! :) Okay am I gonna write this post in English or Bahasa Malaysia? Alamak, confuse sudah! Haha. terlupa pulak. buat apa nak susah? bak kata orang Malaysia. Tibai je!!!!! Haha. Mari kita rojak!!!!!!!!!!!!! haha.

Okay sorry for being hyper-active and now I have chosen to write in ROJAK. :D Lah, macam biasa? Takkan tak reti.

Okay, sekarang ni bermulalah episod CUTI PANJANG DI RUMAH serta EPISOD MARI BERMALAS-MALASAN DI RUMAH.

Aku diberi cuti oleh pihak UTM ( semua pelajar bukan saya seorang sahaja ) bermula tarikh hari ini 26 April sehingga 11 Julai 2010 secara rasminya! YIPII!!! Boleh nampak betapa lamanya tarikh itu kan?

April. Mei. Jun. Julai. Tapi April dah habis ( dianggarkan ) Mei = sebulan, Jun = sebulan. Julai separuh.

Separuh + Separuh = sebulan. Tambah Mei dan Jun. Equals to 3 Bulan.(s)

Officially, 3 bulan saya ada untuk dihabiskan. Persoalannya sekarang. Dengan apa? Haha . Hmm~

Saya pun tak tahu. Tapi, semestinya aturan perancangan MESTI dicipta!

Haaaaaaaaa~*relaxing mode*
bestnya cuti. :) Boleh lepak-lepak. bual-bual dengan family. makan tidur. tidak perlu fikir assignment atau kerja. main dengan kucing. online hampir setiap masa. layan facebook.

But, what should I do to fill the free time and days with benefitial stuff?:O Got any ideas?

Tak sangka, dari sem 1, ke sem 2. sekarang I am going to sem 3! Wow, time do flies super fast!

Esok lusa dah tua. nak menghadap Illahi. ;D

In the mean time, let's enjoy the CUTI! heheheh ;D

What are my suggestions to fill my free days :


  1. Cari partime jobs. (Ntahlah)?
  2. Vlogging on Youtube and chatting on Facebook and blogging on Blogspot!
  3. Puasa sunat setiap Isnin dan Khamis?
  4. Getting my teeth braces done! YIPPI.
  5. Being a boring 19 years old teenager
  6. Recites Al-Quran. ;D ;p
  7. Lagi apa?
  8. Oh, yeah! Buying 2nd-hand motorcycle for me?
  9. Wait.wait. this typical. I want something NEW and extraordinary.
  10. Going on a vacation with family at ....where??
  11. Haiyoh.

Suggestions!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ROAR.

fin.

Sunday, April 11, 2010

Currently in this mid of April.

Salam' alaykm Salam 1Malaysia to all!
I havent been posting for quite some times. and currently i have finished my final examination for semester 2! YIPPI!Alhamdulillah! *hoping for the best results ofcourse*

But that's not all, as a planner that put great emphasis on studio works and assignments. i am stuck with another assignement given by Mr.Gobi (my site planning lecturer ) and also this upcoming portfolio day on the 22nd of April 2010. Thus, I am still gonna have to stay another 2 weeks here in KL. before I could actually settled back to Klang. *planning to go back on early of May*.

Ketrampilan Wanita dalam Islam

Saya terdetik mengetengahkah isu pemakaian dan wanita dalam Islam selepas membaca satu ruangan "Write Something....'' di laman web popular Facebook oleh seorang artis Malaysia terkemuka yang turut saya kagumi, Nur Fazura. Saya membuat garapan intipati luahan hati beliau dengan ini; pandangan segelintir masyarakat Malaysia terhadap wanita yang berpakaian tidak menepati syariat Islam atau berketerampilan lari daripada syariat Islam atau sebaliknya.

Berikut merupakan pendapat ringkas berhubung balas dengan hal yang dibangkitkan oleh beliau.Sebenarnya isu ketrampilan wanita dan Islam memang sudah banyak kali diungkit..memang saya percayai setiap wanita yang bergelar Muslim dan percaya kepada asas Islam iaitu aqidah,syariat dan akhlak perlu menjaga tatasusila mengikut syariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t! Setiap perilaku wanita ,tutur kata, apatah lagi soal penutupan aurat perlulah dijaga dan sangat dititikberatkan dalam Islam kerana ia melambangkan kesetiaan kita sebagai Muslim untuk mematuhi kehendak-NYA! Macam kita kene patuh undang2 Negara Malaysia. Kita sayang Malaysia. kita patuh! renung2kanlah..tepuk dada tanyalah iman saya,iman anda,iman masing2.:D kalau berasakan kepentingan syariat Islam dengan keadaan kita yang bergelar Muslim itu penting! Patuhilah ia! Kalau tidak, sampai bila FITNAH MANUSIA akan berterusan. Sesungguhnya FITNAH MANUSIA itu sentiasa akan ada dan janganlah kita berusaha mendapatkannya pula.