Saya terdetik mengetengahkah isu pemakaian dan wanita dalam Islam selepas membaca satu ruangan "Write Something....'' di laman web popular Facebook oleh seorang artis Malaysia terkemuka yang turut saya kagumi, Nur Fazura. Saya membuat garapan intipati luahan hati beliau dengan ini; pandangan segelintir masyarakat Malaysia terhadap wanita yang berpakaian tidak menepati syariat Islam atau berketerampilan lari daripada syariat Islam atau sebaliknya.
Berikut merupakan pendapat ringkas berhubung balas dengan hal yang dibangkitkan oleh beliau.Sebenarnya isu ketrampilan wanita dan Islam memang sudah banyak kali diungkit..memang saya percayai setiap wanita yang bergelar Muslim dan percaya kepada asas Islam iaitu aqidah,syariat dan akhlak perlu menjaga tatasusila mengikut syariat yang telah digariskan oleh Allah s.w.t! Setiap perilaku wanita ,tutur kata, apatah lagi soal penutupan aurat perlulah dijaga dan sangat dititikberatkan dalam Islam kerana ia melambangkan kesetiaan kita sebagai Muslim untuk mematuhi kehendak-NYA! Macam kita kene patuh undang2 Negara Malaysia. Kita sayang Malaysia. kita patuh! renung2kanlah..tepuk dada tanyalah iman saya,iman anda,iman masing2.:D kalau berasakan kepentingan syariat Islam dengan keadaan kita yang bergelar Muslim itu penting! Patuhilah ia! Kalau tidak, sampai bila FITNAH MANUSIA akan berterusan. Sesungguhnya FITNAH MANUSIA itu sentiasa akan ada dan janganlah kita berusaha mendapatkannya pula.
No comments:
Post a Comment