Friday, December 28, 2012

Antara Ringkasan Intipati Khutbah Jumaat 28/12/2012

Sanjungi Rasulullah, ikutlah Sunnah beliau. Taati perintah Allah swt dan sunnah Rasul. Ketahuilah, pintu taubat itu masih terbuka luas selagi hayat masih ada. Kembalilah ke pangkal jalan.

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun 1434H

DOA 1 (Akhir Tahun)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَ

ا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

DOA 2 (Awal Tahun)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka

Monday, November 5, 2012

Rasulullah bersabda: ”Tujuh hamba yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat nanti

"Rasulullah bersabda: ”Tujuh hamba yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat nanti ::

1. Imam pemimpin yang adil.

2. Pemuda yang tumbuh dewasa yang hobinya beribadah pada Allah padahal disaat nafsunya bergejolak.


3. Hamba yang hatinya selalu terikat pada masjid, senangnya berjamaah dan beraktivitas ke masjid.

4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul, berjumpa, bersahabat karena Allah dan berpisah karena Allah pula.

5. Seorang hamba lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah"

6. Hamba yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya, ikhlas karena Allah.

7. Hamba yang berdzikir dan berdoa kepada Allah dalam keheningan malam, dalam kesendiriannya, dalam muhasabah dirinya lalu ia menitikkan airmatanya.” (Tafsir hadist HR. Bukhari Muslim)..."

Friday, November 2, 2012

Dah tua...

Tadi singgah di kedai cermin mata kat salah satu kafe di tempat aku belajar, (Kafe Meranti, UTM). Ada budak tu tanya. umur aku berapa. aku jawab 21. and then dia cakap. AAAAhhh? 21? Nampak lagi tua. Aku cakap. " WHAT THE FUCK?!" (Dalam hati je, sebenarnya aku cakap camni -> "Eh ye ke? hihik hihik hihik (dengan nada sopan aku bertanya, kenapa? ) Budak perempuan tu jawab. NAMPAK MATANG. ummm okay fine. Tak kisah pun. Tapi....

AKU SEMAKIN NAMPAK TUA KE? WAAAAAAAAAAAAAA. Sedih. T_T

Tuesday, August 7, 2012

~ Kenali 10 Sahabat Rasullullah SAW Yang Dijanjikan Syurga ~


~ Kenali 10 Sahabat Rasullullah SAW Yang Dijanjikan Syurga ~

SILA LIKE DAN SHARE PADA RAKAN-RAKAN ♥

Siapakah antara yang telah dijanjikan Allah untuk masuk syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.

1. Abu Bakar As-Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Al-Khattab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad saw diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasullulah SAW hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Talib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Rasullullah sehingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Iraq sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga kerana Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh Rasullullah saw untuk memantau gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada peringkat kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam), dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

Itulah 10 sahabat baginda yang dijanjikan Allah dengan syurga. Iman dan Amal mereka sangat hebat sehingga mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah sejak mereka hidup lagi. Kita semua pasti mahu ke syurga kerana di sana terdapat infiniti keindahan dan kesenangan. Akhirat itu pasti. Mari tingkatkan amal dan iman untuk menghadapi akhirat.

SUMBER : Hamba Allah

Monday, August 6, 2012

Mengabaikan toma'ninah & tidak mengambil berat melurus dan memenuhkan saf solat.

1. Mengabaikan toma’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya.
Pernah seorang lelaki bersolat tanpa toma’ninah pada zaman Rasulullah saw. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah saw memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Sahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan Baginda itu menunjukkan toma’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada solat terawih atau selainnya, adalah tidak sempurna.

2. Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saf solat. Masing-masing sibuk mengejar rakaat, sedangkan Rasulullah saw telah memberi peringatan agar menjaga saf dengan sempurna dalam sabdanya:
لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُم .
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu atau Allah akan tukarkan wajah-wajah kamu (hati-hati kamu berpecah dan tidak bersatu).” [HR Bukhari].
Sabda Baginda saw lagi:
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat.” [HR Bukhari].
Berdasarkan perbincangan di atas, sama-samalah kita jadikan solat terawih pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dilaksanakan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.

Friday, July 13, 2012

Manusia cintakan tiga perkara, sedangkan ketiga-tiga itu bukanlah miliknya:

Manusia cintakan tiga perkara, sedangkan ketiga-tiganya bukanlah miliknya:

i. Manusia cintakan kecantikan tubuh badannya. Sedangkan tubuh-badannya adalah milik ulat-ulat di dalam kuburnya.


ii. Manusia cintakan hartanya. Sedangkan hartanya adalah milik waris-warisnya selepas dia meninggal dunia.


iii. Manusia cintakan nyawanya. Sedangkan nyawanya adalah milik Allah.

Ringkasan Khutbah Jumaat 13/07/2012 bersamaan 23 Shaaban

DAKWAH ITU TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN SETIAP UMAT YANG BERGELAR MUSLIM. :)

Antara hikmah dan cara-cara dakwah yang baik disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah :

1) Berdakwah dengan berhikmah.
2) Dengan lemah-lembut bukannya kekerasan, kerana kalau berdakwah secara keras nanti orang lari!
3)Menyampaikan mesej dakwah dengan terang, jelas, dan tersusun. :)

Insya'allah. Islam akan terus bersinar dan merahmati sekalian alam! :) Amin.

Wednesday, July 11, 2012

Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu!

Sabda Rasulullah s.a.w Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, July 10, 2012

Mudahnya nak bersedeqah!

PELUANG MELAKUKAN KEBAIKAN

Abu Hurairah meriwayatkan; Nabi Muhammad SAW pernah bersabda; "Pada setiap hari, manusia wajib memberikan sedekah sebanyak anggota badan dan setiap sendinya. Mendamaikain dua orang yang bergaduh adalah sedekah. Menolong orang menaiki haiwan tunggangannya adalah sedekah. Menolong memunggah barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Sepatah kata yang baik adalah sedekah. Setiap langkah kamu bagi mengerjakan sembahyang adalah sedekah. Kamu buang benda yang berbahaya dari tempat laluan adalah sedekah."

Hadis direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Sumber: Buku al-Arba'in an-Nawawiah oleh Imam Nawawi.

Friday, July 6, 2012

Thursday, July 5, 2012

Ringkasan Khutbah 6th July 2012

Tajuk khutbah : Mencintai Rasullullah...
'ramai anak2 muda menjadikan artis2 serta jaguh2 sukan sbg idola dan ikutan mereka..sehingga berhabis duit dan masa utk meniru cara hidup idola mereka'..

Thursday, June 28, 2012

Ringkasan Khutbah Jumaat 29th of June 2012

Today's ringkasan for Khutbah Jumaat 29th of June 2012 is,

Straighten your aqidah in Islam that is following the right way of Aqiah Ahlul Sunnah Wal Jama'ah :)

Muslims should follow the words of Allah in Quran and Al-Hadith that is words, taught, act, silence of the Prophet Muhammad p.b.u.h and THAAAAAAAAAAAAATS IT!

Don't ever try to search for anything else than that! Because when you do that, most Muslims will go far beyond the right path. Thus, STRENGTHEN YOUR FAITH IN QURAN AND HADITH! That's all thank you hehe :)

Friday, June 22, 2012

Ringkasan Khutbah Jumaat 22/6/2012

Salam alaykum kepada semua, thanks for reading this,

Saya nak sampaikan je khutbah jumaat yang telah saya hadiri untuk solat jumaat tadi hehe :)

Antara ringkasan mesej dan intipati yang telah saya dapati ialah :

Amalan-amalan kebaikan yang harus diperbanyakkan sempena bulan Syaaban yang menjelma ini adalah :

1) Perbanyakkan berpuasa
2) Perbanyakkan berdzikir dan beristighfar
3) Perbanyakkan Bersedekah dan melakukan amal kebajikan..

.Insyaallah bulan Syaaban yang bakal kita tempuhi akan lebih BERMAKNA dan DIBERKATI! ^^,. Almaklumlah, lagi sebulan je nak masuk bulan Ramadhan! So kita kenalah bersiap sedia serba serbi! Insyaallah :)

And, kemudian khutbah jumaat tadi diselitkan dengan mesej DENGGI. Bahawasanya wabak DENGGI semakin meningkat di Lembah Klang dan Selangor. So, nasihat dan mesej yang saya dapat tadi adalah supaya..

KITA SEMUA MENJAGA KEBERSIHAN PERKARANGAN RUMAH KITA IN AND OUT!

Mana-mana bekas air yang bertakung, sampah sarap terkumpul HENDAKLAH DI BUANG DAN DIHAPUSKAN! Kerana ia menjadi tempat PEMBIAKAN NYAMUK AEDES! So, BUATLAH YER! HEHE

okay itu sahaja, till then, Wassalam and thanks for reading! ^^<  Harap dapat dimanfaatkan bersama~Share share lah yerrr Thanks! ^^,

Monday, April 30, 2012

Still Smoking? Watch This ( HQ Short Edition)

Dan apabila manusia ditimpa bahaya...

" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (surah Yunus:12)

Thursday, March 29, 2012

Holy Quran, Al - Fussilat : 36

"And if (at any time) an incitement to discord is made to thee by the Evil One, seek refuge in God. He is the One Who hears and knows all things" - ( Holy Quran, Al - Fussilat : 36 )

Sunday, March 11, 2012

Nafsu ada 7 jenis,iaitu ...

Nafsu ada 7 jenis,iaitu :

1. Nasfu Amarah
»» adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
»» mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
»» mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah
»» adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
»» golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
»» nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
»» mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Marhamah
»» adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
»» walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
»» mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah
»» adalah nafsu yang lemah lembut.
»» mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
»» mereka adalah wali kecil.
»» golongan ini adalah dijamin syurga.

5. Nafsu Radhiah
»» adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
»» mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
»» mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamilah
»» adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul

7. Nafsu Mardiah
»» adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.

»» Renung²kan «« (◕‿◕) »» Barakallahufikum ««
:: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::
»» ✿ BERUSAHA MENUJU REDHA ALLAHURABBI ✿ ««

Di tahap mana nafsu kita..sama2 muhasabah diri ye..^___^

SUMBER: Al-Hidayah