or as in english, URBAN AND REGIONAL PLANNING.
hah! mesti korang tak berapa pasti pernah ke tidak dengar bende ni.kan ? kan?
atau korang mesti terfikir, ape bendelah bende rancang2 nih. panjang bebenauuu.
okaylah,itulah perasaan aku masa aku mula2 TERKLIK butang UPU untuk pemilihan kursus ni.
aku letak pilhan yang ke TUJUH pulak tu, tak pasal2 aku dapat. *sigh*. Inilah satu2 nye bidang pilihan aku yang menggabungkan seni dan sains. yang lain masa aku pilih hari tu berdasarkan sastera dan seni seratus peratus! kerana aku memang berjiwa seni! Itulah aku.*teheh*. bangga nih. ahah.
serius.
Masa aku TERKLIK kursus ni, aku cakap..hmmmm cube je lahhh mana tau best kan?. boleh reka2 bandar..rancang2.......aku ingat senang lah nak rancang bandar ni macam main game dalam The Sims City tuh.tapi, sejak EMPAT bulan aku berada di dalam kursus ni di UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR(UTM).AKU MULAI SEDAR.
SEDAR APE EK?
sedarlah! bahawa kursus ni merangkumi 60% sastera dan 40% sains dan matematik secara kasar/asasnya.aku pun macam MENYESAL DAN BENGANG jugaklah macam mana aku boleh termasuk dalam bidang ni. ingat senang nak rancang bandar? kene fikir GUIDELINES atau PIAWAIAN perancangan ye cik akak.
sememangnya aku amat leceh dalam bab2 mengira atau memikir ni. aku lebih mencintai bidang bahasa, sastera, kesenian atau lebih tepat lagi bidang yang menjanjikan KEDAMAIAN.
faham x kenapa aku cakap kedamaian? fikir2lah sendiri, lain orang lain cara pemikirannya. ahah. tidak begitu?
mungkin aku sudah dilahirkan begini, begitu menjiwai kesasteraan dan kesenian. DAN AKU AMAT BERSYUKUR! =)
Tapi, bile dikenangkan kembali, 4 bulan berada di dalam kursus ni, niat untuk beralih arah dan memilih bidang yang mempunyai SERATUS PERATUS KETULENAN SASTERA nya, aku mulai rasa risau, kenapa? aku rasa tidak terlambatkah kalau aku beralih bidang? Nanti aku bincang dengan Ummiku. Tapi, adakah Ummi akan gelak sambil menyokong ku kerana berjaya MENJUMPAI DIRIKU YANG SEBENAR DAN MEMILIH BIDANG YANG SEALIRAN DENGAN PEMIKIRANKU dan mengatakan 'belajar lah anak, semoga kau berjaya dalam bidang yang kau ceburi dan merentasi haluan terusan kehidupan berliku ini dengan cemerlang? atau gelak sambil mencubit pahaku sehingga kesakitan dan memarahi aku tatkala yuran yang sudah dibayar berharga 1000 lebih kepada UTM dan mengklasifikasikan aku sebagai budak yang banyak kerenah dan mengada-ngada 'kejap itu kejap ini' nak kene sepak ni! ...(?)
Setakat ni, aku berusaha mendalami lagi apa itu Perancangan Bandar Dan Wilayah, supaya dapat aku lebih mencintai bidang ini dan bertahan untuk 3 tahun mengecapi segulung diploma !
aku gunakan satu perkataan saje.
SUSTAINABILITY / KEMAPANAN.
ape tuh? cari kamus! *bak kata pensyarah aku*.
sebenarnya bidang perancangan ini diwujukan (dahulunyalah) bagi mewujudkan sistem perbandaran atau kawasan penempatan yang terancang dan tersusun, Korang belajar sejarah kan?? Contoh bandar terancang apa?? Mohenjo Daro, Harappaaa kan? lebih kurang camtu lah.tpi tamadun dulu rancang bandar untuk keharmonian struktur hidup pada waktu itu. dan untuk tujuan2 lain sperti keagamaan dan adat resam.
Zaman moden sekarang, segala perlakuan manusia akan memberi kesan terhadap alam sekitar, cntohnya perindustrian skrg ni, kalau tak kawal makin teruklahhh bumi maka lahirlah masalah seperti GLOBAL WARMING dan SEGALANYA.
Justeru itu, pada masa kini, bidang perancangan bandar dan wilayah lebih mnfokuskan bagaimana sesebuuah pembangunan kawasan itu diJAYAKAN dengan giat TANPA memberi KESAN NEGATIF TERHADAP ALAM SEKITAR.
itu lah yg cuba aku terapkan dalam minda aku skrg ni, supaya aku dpt bertahan dalam kursus ni. HAISH ntahlah, kalau ikutkan kata hati mahu je aku BLAH ambil TESL atau Undang-Undang takpun bidang sastera lain yang dijamin 100% ketulenan sastera nya.
Tapi bile difikirkan balik, ada hikmah nya bidang perancangan ini diwujudkan, semuanya untuk KEBAIKAN MANUSIA SEPANJANG ZAMAN. yelah kalau takde orang yang nak rancang supaya bumi ni selamat dan harmoni untuk didiami, alamatnya hancurlah bumi ni KAN???
kalau anda sudi bagi pendapat, silalah jangan malu-malu untuk menghadiahkan pendapat anda di sudut komen bawah nih. kerana saya yakin, satu pendapat itu umpama sebutir mutiara untuk dinilai. :)
sorrylah kalau korang terpaksa baca post panjang2 ni, dah nak raya kan?terpaksa pula korang dengar masalah aku. HAHAHA kesian banget deehhh..
okaylah maaf zahir dan batin.
SELAMAT HARI RAYA!! eheh