Adakah kita perasan sejak setahun dua ini?
Ramai suka memakai tudung disertakan  dengan bonggol yang ditambah atau bonggol dari ikatan rambutnya yang  sengaja ditinggikan. Jika tidak sengaja (rambut terlalu panjang) adalah  dimaafkan kerana berbeza sanggul sengaja ditinggikan dan sanggul kerana  rambut panjang. Ditambah pula dengan seluar legging bagaikan tidak  berseluar dan lain-lain pakaian yang membalut aurat, bukan menutup  aurat. Tahukah anda golongan yang memakai sedemikian dikatakan dalam  hadith tidak akan mencium bau syurga, apatah lagi memasukinya.
Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul  manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu  mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi  perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang  senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak  pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan  sekian.
(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)
dan
“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang  menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan  pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak  perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat).  Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau  tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah  mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
serta
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah  melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti  seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum  wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan  berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala  unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau  mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak  perjalanan begitu dan begini”
– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
Trend ini tiada di zaman Rasulullah namun mukjizat baginda mampu melihat masa depan (kini) dilihat benar-benar terjadi.

No comments:
Post a Comment