Tuesday, May 18, 2010

Angin-Angin

Salam 'alaykum, and peace be upon you :)

Pagi tadi aku teman kakak aku, Atiqah ke Bank Islam di pusat bandar Klang. Kakak aku perlu menguruskan beberapa bayaran berkaitan PTPTN nya. Aku pula mengambil kesempatan itu untuk menjalankan urusan berkaitan kad ATM Bank Islam aku yang telah ditelan pada 19/April di ATM cawangan UTM Jalan Semarak bulan lepas. Setelah sekian lama tertunggak kerana aku malas dan hanya bergoyang kaki dirumah, akhirnya kad ATM aku berjaya diganti dengan yang baru! Pantas dan efisyen!( eh, ini trademark brand apa ek?) Lepas ini, bolehlah aku MENCOCOK lagi. Haha! Alhamdulillah.

Kemudian, waktu itu tengahari. Setelah selesai semua urusan, aku dan kakak pun pergi ke sebuah gerai untuk membeli aiskirm kon. (Memandangkan cuaca agak terik)

Aku pun pilih perisa, aku berkata '' Kakak, yang warna hijau tu aiskrim apa?''

Kakak itu menjawab, '' Angin-angin''



Aku dan kakak kebingungan lantas bertanya lagi '' Angin-angin tu apa? Mint?''

Kakak itu mengiyakan. Kami terus menahan ketawa dalam serba salah.

Oh, baru aku tahu. Indahnya bahasa yang digunakan oleh kakak yang berasal daripada Indonesia itu.

Angin-angin maksudnya mint yang digunakan oleh orang Indonesia.

Jadi, orang Malaysia? Tidak ada bahasa sendirikah nak digunakan atau digantikan untuk penggunaan bahasa Inggeris di negara kita? Asyik-asyik guna kata pinjam.

9 comments:

  1. mint dlm bahase mlayu kn pudina...

    ReplyDelete
  2. Daun pudina

    ais krim perisa mint digunakan secara meluas.
    Bukan ais krim perisa pudina

    ;D

    ReplyDelete
  3. ice cream tu msti rase cm colgate...
    hahaha...

    ReplyDelete
  4. memang pun macam angin-angin/berangin di mulut. ;D

    ReplyDelete
  5. haha, secara tipikal pun akmal, orang melayu selalu akan cuba menyesuaikan diri dgn lain. so kira nak bergaya, dia akan tulis ais krim mint. samalah kita yg berbual dgn kaum cina, pasti akan ade lu, gua. sama juga dgn kaum india. so di indonesia mint itu angin-angin? betulka?

    ReplyDelete
  6. So Syamie..adakah gelaran Me-layu itu diberikan kepada orang Melayu kerana memang sifat kita yang akan secara semulajadinya melayu kearah suatu bentuk jajahan dengan mudah. macam daun yang melayu. ;D

    Angin-angin di Indonesia. aku rasa betul lah kot. Since kakak tu pun dari sana. ;D

    ReplyDelete
  7. layu tu takde kena dengan kita pun, perkataan je tu. barangkali mungkin sifat melayu bersopan yang suka mendahuluikan org lain selain dirinya, melayu lebih suka menyenangkan orang. tu yg kadang buat kita terima apa saja. heh.

    ReplyDelete
  8. Melayu dalam erti kata bahasa jawa = pelarian.
    sejauh mana kesahihan maklumat ni tak dapat di buktikan melainkan tanyalah 100% pure javanese people :P

    ReplyDelete
  9. Syamie menyenangkan orang tidak bermaksud kita perlu dijajah dari segala jenis bentuk.

    Arip, betul ke? wow! Thanks for the info!

    ReplyDelete