Sunday, May 16, 2010

Bila Internet Tiada......

Aku yang lazimnya duduk di rumah hampir setiap waktu akan merasa bosan. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Bak kata Ummi, seperti mati kutu. HAHA!

Sememangnya aku akui, banyak juga perkara yang berjaya dilaksanakan kerana aku tidak hanya akan sibuk menghabiskan masa berjam-jam lamanya melayari internet.

Apabila hubungan internet tiada, aku bebas untuk bergerak dengan lebih aktif, dan melaksanakan perkara lain di rumah mahupun di luar seperti membuang sampah,mengemas halaman rumah, berborak dengan ahli keluarga yang lain, bermain dengan kucing perliharaan, berjogging di taman rakyat dan pelbagai lagi.Kami juga dapat berborak bersama pada waktu petang sementara menunggu maghrib. Hubungan kekeluargaan dapat dipereratkan lagi.

Namun,semasa internet ada, kami seisi keluarga berhubung melalui facebook sahaja dalam rumah! Haha! Kerana masing-masing ada komputer peribadi dan khidmat talian tanpa wayar (wireless)lebih memudahkan urusan berhubung! Jadi, tanpa perlu suara dan kudrat hanya taip, mesej seperti 'Hakim, turun makan!' senang sahaja sampai dari komputer Ummi ke laptopku.

Aku pula sering terlalai melayari internet dan laman web seperti facebook, twitter, youtube dan sebagainya sehingga terlupa dengan perkara-perkara lain yang perlu dilaksanakan.

Justeru, persoalannya. Adakah internet lebih cenderung membawa kearah yang positif atau negatif?

Anda yang tentukannya! Pandai-pandailah bahagikan masa anda dengan waktu untuk melayari internet serta waktu untuk melakukan aktiviti lain. :)

Jangan kusyuk sangat melayari internet! Bahana akan menimpa!

No comments:

Post a Comment