Saturday, August 13, 2011

Taubat yang Sebenar

Riwayat dari Saidina Ali.r.a ,bahawa seorang lelaki setelah selesai dari menunaikan solat,lantas berdoa kepada ALLAH denagn berkata: “Ya ALLAH Ya Tuhanku,aku bertaubat kepada-MU sekarang juga.”.Apabila Saidina Ali mendengar do’a orang itu lantas Saidina Ali pun berkata:

“Wahai anda yang sedang berdoa,sesungguhnya taubat yang engkau lakukan secara semberono adalah taubat yang dusta,dan taubatmu out memerlukan satu taubat yang lain.”

Maka berkata pula lelaki itu : ” Wahai Amirul mukminin Saidina Ali,sekiranya engkau menyuruh aku bertaubat yang lain pula,maka apakah sebenarnya taubat itu?..tolong terangkan kepada saya.”

Kata Saidina Ali kepada lelaki itu: ‘ Bahawa yang di katakana taubat iitu ada enam pengertian:

Yang pertama,sekiranya kamu telah melakukan dosa yang lalu,maka taubatnya hendaklah kamu menyesali segala kesalahan kesalahann dan dosamu itu.

Yang kedua,jika kamu melakukan kesalahan dan dosa kepada ALLAH kerana meninggalkan perintah yang wajib,maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajipan yang telah ditinggalkan itu.

Yang ketiga,sekiranya kamu melakukan kezaliman kepada orang lain,maka taubatnya ialah bahawa wajib bagi kamu memulangkan apa-apa juga yang berlaku kepada orang itu,sehingga tiada lagi perkara yang bersangkutan dengan orang yang kamu zalimi itu dan dia memaafkan segala penganiayaan yang kamu lakukan terhadapnya itu.

Yang keempat,maka sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan dan jiwamu sebati dengan maksiat itu,maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kepada ALLAH sehingga jiwamu sebati dengan ketaatan itu.

Yang Kelima,sebagaimana lazat dan manisnya maksiat itu,maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kepada ALLAH sehingga jiwamu sebati dengan ketaatan itu.

Yang keenam,sekiranya kamu melakukan maksiat kepada ALLAH dalam keadaan kamu gembira dengan gelak ketawa,maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yang kamu lakukan itu berserta mengerjakan segala ketaatan kepada ALLAH swt.

Demikianlah pengertian taubat menurut Saidina Ali.r.a. bahawa urusan taubat itu bukan satu tugas sampingan yang dilakukan secara sambil lewa dan tergopoh-gapah.Walaupun lidah menyebut perkataaan taubat,namun ia tidak semestinya menjadi suatu permohonan taubat yang sebenar.

Taubat sekadarnya pada lidah tanpa menzahirkan tanda-tanda penyesalan yang lampau,dapat dibuktikan sebagai suatu permainan lidah semata-mata sekiranya dia masih lagi mengekallkan perbuatan yang membawa kepada dosa,maka bagi Saidina Ali r.a perbuatan tersebut hanyalah suatu pendustaan terhadap ALLAH s wt.

No comments:

Post a Comment