Thursday, August 6, 2009

Al-fatihah for Atuk Sharif.

Assalamualaikum and Hi to tall =)

Semalam,(Rabu 5 Ogos 2009)sedang aku berehat-rehat (actually tengah tidur) bagi menghabiskan MC yang diberi doktor,aku mendapat panggilan daripada kakakku Atiqah yang mengatakan bahwa kita terpaksa bergegas ke Alor Gajah,Melaka.Aku tanya Tiqah, kenapa?Tiqah cakap Atuk dah meninggal.Aku terkejut bukan kepalang.sebab Atuk memang dah masuk hospital tetapi doktor cakap keadaanya sudah semakin pulih dan stabil.Tetapi,secara tibba-tiba berita ini yang kami terima.

Lepas tu,Ummi pun pulang dari sekolah dalam keadaan menangis teresak-esak.Kesian Ummi,first time tengok Ummi nangis mcm ni.Aku tak tahu nak buat apa.Lalu membiarkan Ummi melayani perasaannya.Ialah,aku faham,seorang wanita yang kematian bapa tercinta.Kemudian kami pun bergegas ke Melaka.


Semuanya berjalan lancar dan seperti majlis pengkebumian orang-orang Islam biasa.
Pada pukul 7 lebih,Atuk Sharif selamat dikembumikan.=(


Esoknya (Khamis 6 Ogos 2009) Aku dan keluarga pulang pada sebelah petang.
Tak pernah aku lihat rumah kampung sesunyi itu.Yalah,Nenek pun dah meninggal Atuk baru jer pergi.Sunyi sungguh!.Sunyi dan lapang.


Al-fatihah untuk arwah Atuk Sharif.

1 comment: