Tuesday, December 8, 2009

Kisah Anjing di Padang Pasir.

Kisah Anjing di Padang Pasir.
Body: Kisah Anjing di Padang Pasir.

Ada seorang kaya mempunyai seekor anjing yang cantik dimana beliau cuba nak meletakkan anjing itu di padang pasir selama seminggu. Sebelum itu beliau telah merujuk masalahnya kepada seorang doctor haiwan dimana doctor haiwan itu mengatakan tiada masalah dengan syarat perlu dibekalkan makanan dan minuman. Bila doktor itu kata begitu, Orang kaya itu pun setujulah. Hari pertama orang kaya itu pergi tengok anjingnya dan didapati semuanya ok.Hari Kedua pulak,sama saja yaitu ok. Hari Ketiga didapati anjing itu sudah mati. Maka orang kaya itu sangatlah marah kerana doktor haiwan itu yang kata semuanya ok tapi hari ketiga anjing itu sudah mati. Orang kaya itu pun membawa anjing itu jumpa semula dengan doktor haiwan. Doktor haiwan itu memgatakan sabar dulu kerana saya perlu membuat pembedahan terlebih dulu untuk mengetahui punca kematiannya. Setelah tunggu 2 jam maka doktor itu pun keluar dan menceritakan punca kematiannya dengan kata :………….”Tuan, anjing kamu mati disebabkan ia tidak kencing”………..Terkejutlah orang kaya lalu ia sambung pertanyaannya kepada doktor haiwan itu kenapa ia tidak kencing…………..Doktor itu menjawab………..Di Padang Pasir manalah ada tiangnya sebab anjing kencing mesti mahu cari tiang…….Orang kaya itu diam dan tidak tahu nak cakap apa lagi.

Cerita ini memberikan pengajaran kepada kita yaitu sekiranya anjing itu paksa dirinya kencing walaupun tak ada tiang maka sudah tentu ia tidak akan mati. Sebab itulah samada kita suka atau tak suka, kita mesti paksakan diri kita shalat 5 waktu walaupun hatinya tak ikhlas. Kalau kita tidak buat begitu nanti kita akan mati seperti anjing di padang pasir itu. Sekian dan Terima Kasih.

Ada pulak orang lain tanya saya....kenapa anjing kencing mesti angkat sebelah kaki? Jawapannya iaitu anjing itu takut tiang itu tumbang dan kena pada dia. Sebab itulah ia angkat sebelah kaki tahankan dulu......He he he.....Kalau nak tahu lebih jelas maka tanyalah anjing itu.....

petikan dari:
www.hafizng.com

No comments:

Post a Comment