Monday, January 31, 2011

MAJORITI BUKAN PETANDA SESEORANG ITU BENAR

MAJORITI BUKAN PETANDA SESEORANG ITU BENAR

by FIRMAN ALLAH on Tuesday, 01 February 2011 at 08:25

AL AN'AAM : AYAT 116 & 117

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka (yakni mengikut rasa dan sangkaan - bertaqliq), dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah - contohnya: menghalalkan yang haram dan membiarkan perkara di luar syarak itu berlaku tanpa ada yang menegurnya).
  2. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dia lebih mengetahui (pula) tentang orang-orang yang mendapat petunjuk (yakni orang yang berada di jalan yang lurus).

PERINGATAN DARI AYAT INI

Kita tidak diperintah Allah supaya melakukan apa yang dilakukan orang ramai melalui kaedah yang dipanggil 'majoriti', sebaliknya kita diperintahkan untuk mentaati Allah dan mencontohi (mengikut cara dan sunnahnya) Rasululullah Saw.

Dalam satu majlis di tempat Rabi'ah, yang dihadiri cucu Syaidina Ali r.a. dan cicit kepada Rasulullah Saw (yakni Abdullah bin Al Hasan bin Ali bin Abi Talib) dan ketika mereka bermuzakarah, datang seorang lelaki menyatakan: "Amalan yang dilakukan orang ramai berlainan benar dengan PANDANGAN tuan ini"

Abdullah (cicit Rasulullah Saw) menjawab lelaki itu dengan pertanyaan: "Apakah pendapat anda apabila ramai orang jahil menjadi pemerintah? Adakah tuan mengira itu sebagai hujah (bukti) yang boleh mengatasi sunnah?

Jawapan ini menunjukkan bahawa Abdullah cuba menjelaskan bahawa walaupun bilangan orang yang jahil dan sering melakukan bidaah itu tersangat ramai, 'majoriti' itu bukanlah hujah atau sebab yang membenarkan sesuatu perkara itu mengatasi sunnah Rasulullah Saw. Perkata ini di akui oleh Rabiah: "Saya bersaksi bahawa ini adalah ucapan cicit kepada Rasulullah Saw". ~ Wallahualam ~

KEHARUSAN BERDAKWAH BAGI SEMUA UMAT ISLAM - ALI IMRAN : AYAT 104 - 106

KEHARUSAN BERDAKWAH BAGI SEMUA UMAT ISLAM - ALI IMRAN : AYAT 104 - 106

by FIRMAN ALLAH on Monday, 31 January 2011 at 22:25

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Dan hendaklah ada diantara kamu sekumpulan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang munkar (yakni segala perbuatan yang menjauhkan kita dari rahmat Allah); merekalah orang-orang yang beruntung.
  2. Dan janganlah kamu menyamai (mengikuti) orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah yang akan mendapat siksa yang berat.
  3. .....Adapun ada orang yang menjadi hitam suram (wajahnya); (kepada mereka ini dikatakan): "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman?, kerana itu (maka) rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itiu"

Sunday, January 30, 2011

At Taubah : Ayat 53

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Katakanlah: "Nafkahkanlah hartamu, baik dengan sukarela ataupun dengan (kerana) terpaksa, NAMUN nafkah itu sekali-kali tidak akan diterima (segala amal itu) dari kamu. Sesungguhnya (ini adalah kerana) kamu adalah orang-orang yang fasik.

PENGAJARANNYA

Dalam bahasa, fasik (al-fisq) maknanya adalah keluar (al-khurûj). Sementara itu, secara istilahnya pula, orang fasik itu adalah orang yang menyaksikan (yang tahu tentang sesuatu hukum) tetapi tidak meyakini dan melaksanakan. Dalam kata lainnya fasik (al-fisq) bermakna maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar. Fasik juga boleh di sama ertikan dengan menyimpang dari agama dan cenderung pada kemaksiatan, sepertimana iblis dan syaitan yang sentiasa melanggar perintah Allah (fasaqa), yakni menyimpang dari ketaatan kepada-Nya (ketaatan kepada Allah Taala).

Ya Allah, Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah semua. Kalau melihat kepada ciri-ciri orang yang fasik kepada Allah seperti di atas, kebanyakan kita termasuklah diri saya sendiri, nyata sukar untuk melepasi batasan dan rintangan ini kecuali dengan IMAN dan TAKWA. Jika kita tidak berusaha mengatasi masalah sikap sepeti di atas itu (fasik), maka rugilah segala sedekah yang kita keluarkan selama ini. Bayangkanlah Muslimin dan Muslimat, apabila kita MATI nanti hanya 3 perkara yang kita bawa bersama yakni:-

  1. Amal dan sedekah jariah kita. (terhakis kerana kita fasik tadi)
  2. Ilmu yang kita sampaikan dan memberi manfaat kepada yang lain dengan ilmu itu.(kena berilmu sebelum menyampaikan sesuatu ilmu itu)
  3. Anak soleh/solehah yang beramal soleh kerana Allah dan mendoakan kita.(susah nak ada akhir zaman ini)

JADI Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah semua, apa yang tinggal bersama kita untuk kita bawa bertemu Allah nanti di ALAM BARZAKH? Apakah kita akan meneruskan hidup dalam keadaan fasik kepada Allah itu? Jika semuanya tertolak kerana kefasikan kita itu, aniayalah kita Muslimin dan Muslimat bila kembali kepada Allah nanti.

PERINGATAN: Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan tempat persinggahan paling ngeri sebelum akhirat - sabda Rasulullah Saw.



from Firman Allah via Facebook.com

Saturday, January 29, 2011

BERLUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN - MUNAFASAH

BERLUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN - MUNAFASAH

by FIRMAN ALLAH on Saturday, 29 January 2011 at 22:29

AL MUTHAFFIFIIN : AYAT 22 - 26

  1. Sesungguhnya orang yang berbakti (yakni melakukan kebaikan semasa hidup mereka) itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (dalam Syurga),
  2. mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang (sesama mereka)
  3. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh dengan kenikmatan.
  4. Mereka diberi minum dari khamar yang suci murni (sejenis arak di Syurga) yang berada dilaknya (tempatnya).
  5. laknya (tempatnya) adalah kasturi; dan untuk yang demikian itu (untuk mendapatkan kesemua nikmat di syurga ini) hendaknya orang berlumba-lumba (melakukan kebaikan semasa hidup di dunia)

Allah menyukai manusia yang berlumba-lumba kepada melakuklan kebaikan dan kebajikan. Allah berjanji membalas dengan kenikmatan (Syurga) bagi mereka yang berusaha dan berlumba-lumba menyampaikan kebaikan dari ilmu-Nya. Ini kerana, barangsiapa yang berusaha untuk istiqomah dalam melakukan kerja-kerja kebaikan, amal jariah dan berdakwah pada setiap saat dari kehidupannya (mengikut kaedah yang mampu dilakukannya), InsyaAllah, baiklah balasannya nanti sebagaimana janji Allah dalam ayat di atas.

Dalam hal berlumba melakukan kebaikan ini, Rasulullullah Saw bersabda: "...Tidaklah boleh adanya dengki kecuali dalam dua perkara iaitu dengki terhadap seorang yang diberi harta oleh Allah, lalu di belanjakannya harta itu ke jalan Allah yakni jalan yang hak sehingga habis hartanya itu DAN dengki terhadap seorang yang dikurniakan Allah ILMU, lalu dia mengamalkannya dan mengajar kepada orang ramai ilmu kebaikan (agama) nya itu". - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Thursday, January 27, 2011

AL QAMAR : AYAT 47 - 50

AL QAMAR : AYAT 47 - 50

by FIRMAN ALLAH on Thursday, 27 January 2011 at 12:05

Allah Taala memberi gambaran bahawa manusia yang sering mendustakan agama-Nya, dan tidak pula malu melakukan dosa, khianat sesama manusia, iri hati dan dengki menguasai jiwanya, rasa hebat dan besar melebihi Allah merasuk sifatnya, maka khabarkan kepada mereka itu semua bahawa Allah akan menyesatkan mereka itu dari dunia sehinggalah ketika mereka berada di dalam neraka yang menyala-nyala itu, mereka dikhabarkan masih terus di sesatkan Allah walaupun telah dijatuhkan hukuman neraka menerusi ayat di bawah ini...Nauzubillahhiminzalik!!!

  1. Sesungguhnya, orang-orang yang berdosa (itu) berada dalam kesesatan (di dunia) dan dalam neraka (Jahannam).
  2. (Ingat-lah) pada hari mereka diseret ke neraka atas muka mereka, (dikatakan kepada mereka): "Rasakanlah sentuhan api neraka".
  3. Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut (mengikut) ukuran.
  4. Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kerdipan mata (kejapan mata)

Wednesday, January 26, 2011

Fadhilat Ayat Kursi


Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang beke...rja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….
See more

Tuesday, January 25, 2011

Fatigue.

Mengorak langkah di bandar Klang seharian membuatkan kaki hamba pedih dan sakit. Ya Rabb make me strong- ER!

Sunday, January 23, 2011

AL-MULK : AYAT 1 & 2

AL-MULK : AYAT 1 & 2

by FIRMAN ALLAH on Sunday, 23 January 2011 at 07:47

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Maha Suci Allah Yang ditangan-Nyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
  2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya (dapat) Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

PENGAJARAN DARI AYAT

Ayat 2 dalam Surah Al Mulk ini menjelaskan sekali lagi tujuan sebenar mengapa Allah mencipta dan melahirkan kita di dunia ini. Hanya untuk beramal dan bermain-main dalamnya. Bermain dalamnya itu bermaksud apa sahaja yang kita lakukan selain dari beramal seperti bekerja mencari rezeki, belajar ilmu akademik, bermasyarakat, bersukan dan lain-lain. Dalam bermain-main itu Allah menetapkan bahawa setiap dari kita perlu menuntut ilmu Agama (Alim) serta melakukan ibadah-ibadah WAJIB dan MUAKKAD agar hidup kita menjadi sempurna, yakni agar kita dapat menepati janji kita kepada Allah. Wallahualam.

Saturday, January 22, 2011

Lethargic

Salam 'alaykum,

wow, the feeling I have right now, why is it harder than ever? Been to many cities in Malaysia for case study but doing it in my own hometown, Klang feels a lot more tiring! Why? I have no idea. Perhaps, the size of the study area? Yes, my legs in def pain right now and it's late midnight and tomorrow gonna have to wake up early at 8 am for a 'towntrail' session with Miss Azreen. Hope everything will go just fine. Insyaallah. Allah, I beg for you to make me strong! Ya Rabb! :)

Friday, January 21, 2011

AN NAJM : AYAT 31 & 32

AN NAJM : AYAT 31 & 32

by FIRMAN ALLAH on Friday, 21 January 2011 at 07:55

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Dan hanya kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi (pula) balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (yakni syurga).
  2. (Balasan pahala yang lebih baik itu juga adalah bagi) Orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci (jangan menyangka hanya kamu yang benar dan suci). Dia-lah (sebenarnya) yang paling mengetahui tentang (siapakah) orang yang bertakwa.

Thursday, January 20, 2011

HANYA ILMU SYARIAT (YAKNI ILMU AGAMA) SAHAJA-LAH YANG ALLAH TUNTUT KEATAS MANUSIA - SIRI MEN'TAUHID'KAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

HANYA ILMU SYARIAT (YAKNI ILMU AGAMA) SAHAJA-LAH YANG ALLAH TUNTUT KEATAS MANUSIA - SIRI MEN'TAUHID'KAN DIRI KEPADA ALLAH SWT

by FIRMAN ALLAH on Friday, 21 January 2011 at 08:59

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, ketahuilah bahawa ILMU tentang ketuhanan dan agama itu sahajalah yang sebenarnya dituntut Allah untuk kita pelajari dalam firman-firman-Nya dalam Al-Quran. Selain dari ilmu syariat agama, semuanya hanyalah untuk dunia dan tidak dituntut oleh Allah Swt.

Dari awal lagi manusia telah terlalai apabila menggangap ILMU AKADEMIK yang mereka tuntut di Menara Gading itu sebagai Ilmu yang dimaksudkan Allah dalam ayat-ayat-Nya (dalam Al-Quran). Justeru itu, semakin ramai manusia berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka berpengajian di Universiti-Universiti 'kononnya' supaya mereka menjadi orang yang berilmu dan sebagai memenuhi tuntutan ISLAM untuk kita menuntut ilmu. Mereka mengimpikan anak mereka menjadi pakar perubatan, pakar kejuruteraan, pakar sains, pakar bio tech, pakar IT dan lain-lain lagi. Islam tidak menghalang kemajuan seperti itu NAMUN ilmu yang Allah maksudkan untuk kita tuntut dalam Al-Quran adalah Ilmu Syariat (Agama) dan bukan seperti sangkaan kita selama ini. Ini bermakna mereka (graduan dalam akademik) bukanlah orang berilmu di sisi Allah Swt. Mereka hanya berilmu di sisi manusia dan dunia.

Bukti-bukti tentangnya ada dalam banyak ayat-ayat Allah antara lainnya '...Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan-Nya. Dia yang menegakkan keadilan (Allah sendiri), para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga turut menyatakan sedemikian rupa)...' - Surah Ali-Imran: Ayat 18.

Jelas sekali orang yang berilmu dalam ayat di atas adalah menjelaskan golongan (mereka) yang bertakwa dan sentiasa mengESAkan Allah dek kerana Ilmu yang dimilikinya. Ilmu yang mengesakan Allah adalah ilmu syariat.

Lagi firman Allah tentang ilmu syariat: '...nescaya Allah meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat...' - Surah Al-Mujaadilah: Ayat 11.

Dalam ayat di atas juga jelas Allah memaksudkan orang yang berilmu itu sudah semestinya adalah orang yang Alim (yakni berilmu agama). Adalah tidak munasabah bagi Allah mengangkat darjat seorang yang berilmu Akademi (duniawi) dalam ayat ini.

Kemudian Allah berfirman lagi: ''...Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya (hanya) orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran - Surah Az-Zumar; Ayat 9

dan

'...Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah Alim Ulama (orang yang berilmu)...' - Surah Faathir: Ayat 28

Sudah terang lagi bersuluh. Allah menyatakan bahawa orang yang berilmu dalam kedua-dua ayat di atas Surah Az-Zumar dan Faathir adalah mereka yang menuntut ilmu agama Allah (Alim). Adalah tidak munasabah jika kita mengambil ayat dari Surah Faathir itu dan mengatakan bahawa mereka yang berilmu Akademik itu yang takut kepada Allah.

Nanti kita tambah lagi Nas dan Dalilnya apabila ada kesempatan. Buat masa ini memadai dulu secara ringkas dinyatakan bahawa Allah hanya menganggap mereka yang ALIM (berilmu Syariat Agama Allah) sahajalah sebagai ORANG-ORANG YANG BERILMU di sisi-Nya

Sunday, January 16, 2011

AL FAJR (FAJAR): AYAT 15 & 16

AL FAJR (FAJAR): AYAT 15 & 16

by FIRMAN ALLAH on Saturday, 15 January 2011 at 07:01

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Adapun manusia itu apabila Tuhannya mengujinya, lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan (dengan memuliakannya @ memberi kekayaan kepadanya @ meninggikan pangkatnya @ menambah ilmunya), maka dia berkata: (kononnya) "Tuhanku telah memuliakan aku".
  2. Adapun apabila Tuhannya (Allah) mengujinya dengan membatasi rezekinya (dan lain-lain berupaya kepentingan duniawi), maka dia berkata (pula): (kononnya) "Tuhan telah menghinakan aku" (manusia itu memang tidak memahami bentuk ujian dari Allah dan tidak juga memahami mengapa ujian itu mendatangi mereka kecuali mereka yang berilmu / ALIM)

Sunday, January 9, 2011

HUKUM MUZIK, NYANYIAN & NASYID

HUKUM MUZIK, NYANYIAN & NASYID

by FIRMAN ALLAH on Sunday, 09 January 2011 at 22:18

MUKADDIMAH

Nyanyian tidak lain hanyalah antara satu dari kebaikan dunia yang dinikmati oleh jiwa manusia, kemudiannya di manfaatkan oleh Akal sbg penyegar minda, disenangi oleh 'fitrah' (kebiasaan) manusia dan senang pula ia didengari sehingga menjadi sebahagian dari nikmat Allah kepada deria pendengaran kita, sebagaimana makanan dan minuman yang enak itu menjadi nikmat kepada tekak dan perut kita, juga sebagaimana pemandangan yang indah menjadi nikmat kepada mata, tatkala bau-bau haruman serta wangian pula menjadi nikmat bagi deria bau kita.

Tidak ada satu kebaikan yang terdapat dalam Islam yang mana jika ia bermanfaat kepada jiwa dan akal yang sihat melainkan semuanya dihalalkan oleh Allah Swt sebagai rahmat-Nya kepada manusia.Tidak ada seorang pun yang boleh mengharamkan segala kebaikan yang telah dihalalkan oleh Allah Swt sebagaimana yang terdapat dalam ayatnya dalam Firman Allah (Surah Al-Maidah: Ayat4): Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad, apakah yang halal bagi mereka? Maka katakanlah: "Dihalalkan kepada kamu segala sesuatu yang baik..."

Bukti bahawa nyanyian merdu itu amat dekat kepada fitrah jiwa manusia adalah ketika terhentinya tangisan seorang bayi di dalam buaian ibunya apabila ibunya bersenandungkan lagu untuknya. Bukan sekadar manusia sahaja yang akan terpesona dengan bunyian atau nyanyian yang merdu, malah burung-burung dan haiwan ternakan juga dilihat mengalami situasi 'terpesona' yang sama apabila mendengar sesuatu suara yang merdu dan senandung yang mendayu-dayu.

Al-Imam Al-Ghazali pernah menegaskan dalam Ihya'nya bahawa "orang yang tidak tersentuh hatinya kerana mendengar nyanyian yang merdu adalah orang yang kurang dan tidak normal" . Orang yang seperti itu (yang tidak tersentuh kepada irama dan nyanyian) adalah jauh dari hal-hal yang bersifat rohani (batin/jiwa) dan mereka ini juga tidak peka terhadap sesuatu.

Persoalannya: Jika kecenderungan manusia terhadap irama muzik, lagu dan nyanyian itu menjadi antara faktor penting kepada dorongan hati dan fitrah semulajadi manusia ciptaan Allah itu. Apakah wajar agama itu datang untuk memerangi sesuatu yang disukai naluri manusia (yang memang diciptakan Allah sedemikian) dan menimpakan bencana kepada mereka?

Jawapannya: Sama sekali tidak. Agama itu datang untuk mendidik, mengasuh, mengangkat dan menjuruskan kita kepada kebenaran. Al-Imam Ibn Taimiyah pernah menyatakan "Sesungguhnya para Nabi itu diutuskan Allah bagi menyempurnakan akhlak, fitrah manusia dan kemudian memantapkannya lagi, bukannya untuk menukar ganti serta merubah sesuatu kepada yang baru".

Insiden ketika Rasulullah Saw datang ke Madinah, ketika itu penduduk Madinah telah dua hari berpesta, bermain dan bergembira. Lantas Rasulullah Saw bersabda (bertanya): "Untuk apa anda gunakan selama dua hari ini?"

Mereka menjawab:"Untuk kami bermain dan bersuka ria kerana permainan ini telah diwarisi turun temurun dari zaman Jahiliah lagi"

Kemudian Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah Swt telah menggantikan untuk anda semua (dari permainan zaman jahiliah itu) dengan sesuatu yang lebih baik dari dua hari itu, yakni dua hari raya, Aidil Fitri dan Aidil Adha" Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i

HUKUM NYANYIAN & MUZIK - HARUS (Dengan bersyarat)

Pelbagai pendapat ulama terhadap hukum nyanyian dan muzik dikemukakan dan kebanyakannya bersepakat untuk menetapkan bahawa hukum nyanyian dan muzik itu adalah HARUS, yakni harus yang bersyarat. Dimana, jika syarat-syarat itu (yang akan dinyatakan dibawah ini) tidak disempurnakan atau dipatuhi, maka hukum HARUS itu akan berubah menjadi HARAM mengikut lunas-lunas hukum dan peraturan Islam yang difirmankan Allah kepada kita.

SYARAT-SYARATNYA & SITUASI-SITUASI YANG MERUBAH HUKUM HARUS KEPADA HARAM

  1. Nyanyian itu hendaklah dengan sopan santun Islam dan selaras pula denga ajarannya. Tidak boleh menyanyi dengan lirik yang 'lagha' seperti lirik yang pernah diungkap oleh Syauqi dan seangkatan dengannya (apa sahaja yang serupa atau bersamaan dengannya) "Ramadan telah berlalu, berilah dia minum hai tukang air" atau "Gadis rindu bergegas menuju kepada lelaki yang dirinduinya". Lebih berbahaya lagi jika lirik itu melibatkan iktikad kepada keimanannya yang ragu-ragu kepada perkara prinsip, tempat kembalinya kita dan kenabian seorang Nabi itu sebagaimana contoh qasidah Al-Talasim yang berbunyi: "Aku telah datang, aku tidak tahu dari mana, tetapi aku telah datang. Aku telah melihat jalan dihadapanku, lalu aku berjalan. Bagaimana aku datang?. Bagaimana aku melihat jalan? Aku tidak tahu". Kesemua ini adalah antara contoh ianya akan bertukar dari harus kepada haram. Nyanyian yang kesemua atau sebahagian lirik lagunya didapati bertentangan dengan ajaran Islam juga adalah diharamkan. Begitu juga nyanyian memuji dan menyanjung pemerintah yang zalim, pemerintah yang melampaui batas dan pemerintah yang fasiq. Islam mengutuk orang yang zalim, pembantu-pembantu mereka dan orang-orang yang diam melihat kezaliman mereka. Begitu juga diharamkan semua lirik lagu dan nyanyian yang menyanjung wanita bermata keranjang atau nyanyian yang bertentangan dengan adab sopan santun Islam yang mana Firman-Nya menyeru sebagaimana Firman Allah (Surah An-Nur:Ayat 30): Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka (dari wanita yang bukan mahram/ ajnabi) dan Firman Allah (Surah An-Nur:Ayat 31): Katakanlah kepada kaum wanita yang beriman, hendaklah mereka menutup pandangan mereka (dari perkara yang tidak baik dan lelaki yang bukan mahram).
  2. HARAM jika nyanyian itu disampaikan oleh wanita (bukan mahram) yang diharamkan Allah bagi lelaki lain memandangnya kerana bimbang akan berlaku fitnah. Di situasi ini bukan nyanyian yang dilarang tetapi keadaan wanita yang menyanyi itu yang boleh mendatangkan ghairah 'nafsu seks' peminatnya dan menjadi fitnah kepada agama Allah. Menurut Imam Al-Ghazali larangan mendengar nyanyian dengan alasan bimbang berlaku fitnah (perkara yang tidak bermoral dan segala macam gejala sosial) adalah pendapat yang kuat. Walaupun Rasulullah Saw pernah berhadapan situasi yang sama apabila dua orang penyanyi wanita menyanyi di rumah Aisyah r.a., Rasulullah Saw tidak menjauhinya kerana Baginda tidak bimbang berlaku fitnah ke atas dirinya kerana Rasulullah Saw itu maksum (terlindung dari sebarang perbuatan dosa oleh Allah Swt). Peristiwa ini menunjukan bahawa situasi Rasulullah Saw dengan situasi kita pada hari ini adalah sangat ketara bezanya.
  3. HARAM jika muzik yang dimainkan itu termasuk simbol kepada muda mudi terhadap wanita atau mampu mempengaruhi penghayatan peminum arak dan penagih dadah untuk mengekalkan tabiat mereka itu seperti alunan petikan gitar dan tiupan seruling yang mendayu-dayu, maka ia akan berubah kepada haram, walaupun pada permulaannya hukum bagi alat muzik itu adalah harus.
  4. HARAM jika nyanyian itu mempunyai kata-kata kesat, kotor dan keji serta cercaan yang mendustakan Allah, Rasulullah dan para sahabatnya sebagaimana syair golongan Rafidhah yang jelas mencela para sahabat dan lain-lain.
  5. HARAM jika nyanyian itu mencerminkan atau menceritakan tentang keangkuhan kaum wanita dihadapan kaum lelaki seperti lagu 'Tamparan Wanita' atau lain-lain lirik yang serupa dan menyamai dengannya.
  6. HARAM jika lagu itu menyebabkan kita berkhayal tentang seseorang samada lelaki atau wanita tertentu yang bukan suami atau isteri kepadanya, yang sah jika berkahwin dengannya kerana perbuatan berkhayal kepada yang bukan hak itu adalah maksiat yang dilakukan melalui kaedah khayalan dan fikiran. Harus pula jika ia mengkhayalkan wanita atau lelaki yang telah halal kepadanya.
  7. HARAM jika orang yang mendengar nyanyian itu masih muda dan mudah dirangsang oleh nafsu syahwatnya. Ini biasa berlaku kepada mereka yang masih remaja, yang masih belum tahu menilai dan membuat pertimbangan terhadap halal haramnya suatu perhubungan cinta dengan pasangannya.
  8. HARAM jika kita membiasakan diri dan dengannya kita menjadi ketagih atau menjadikannya lagu atau sesuatu nyanyian itu sebagai rutin harian kehidupan. Jika semua ini dilakukan secara berterusan akan menjadikan ia makruh dan amat dibenci Allah. Jadi, semua perkara berhubung lagu, muzik dan nyanyian yang pada asal hukumnya adalah harus itu tidak akan kekal sebagai harus apabila ianya dilakukan secara berlebih-lebihan.
  9. HARAM jika dengan muzik, nyanyian atau lirik sesuatu lagu itu boleh menyumbang kepada berkumpulnya lelaki dan wanita yang bukan mahram dalam satu konsert yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas dan berseronok tanpa batasan agama.

KESIMPULANNYA

Saudara dan Saudari, Muslimin dan Muslimat yang saya kasihi, MAMPUKAH KITA mengelak atau mengetepikan syarat-syarat yang JELAS di atas bagi mengharuskan kita menikmati nyanyian? Jika kita mampu melaksanakan syarat-syarat di atas, maka tidaklah menjadi HARAM kepada kita mendengar nyanyian.

Harus di ingat bahawa kaitan dosa ke atas sesuatu perbuatan yang hukumnya HARAM adalah seperti kaitan berhubung haramnya arak. Peminum, tukang proses, pengilang, pengedar, orang yang menyediakan pengangkutan dan orang yang menghantar arak kepada peminumnya dan apa sahaja aktiviti yang menyumbang kepada bantuan kepada penggunaan arak adalah dilaknati Allah Swt.

Kalau dalam muzik, pendengar (kita), pembeli CD (kita), penonton konsert (kita), penyanyi, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik, syarikat rakaman, pengedar, pencetak CD, pekerja studio rakaman dan semua yang berkaitan dengannya adalah turut mendapat laknat Allah Taala jika kita GAGAL mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas bagi mengharuskan kita kepada Muzik dan Nyanyian. WASSALAM.

Saturday, January 8, 2011

Will I be with my family in Paradise?

Will I be with my family in Paradise?

by Niqab: The Face Veil on Tuesday, 13 July 2010 at 00:15
Will I be with my family in Paradise?


Question:-

If we get Janna (may Allah grant us Janna) do we keep the same families? Or are we made pure and given our perfect mates? Is this something that is known or unknown?


Answer:-

In the Name of Allah, Most Merciful and Compassionate

Allah Most High said, "Theirs shall be the Ultimate Abode--Gardens of Permanence which they shall enter, along with those who were righteous of their parents, their spouses, and their children." (Quran, 13:22,23)

The Quranic commentators explain that the inhabitants of the higher ranks of Paradise will long for the company of those they loved most in the world--their parents, spouses, and children. If these loved ones are already one of the people of Paradise, Allah Most High will promote them to be with the higher-ranking inhabitants who long for them. Their promotion will not happen because they deserve the higher ranks, but because the reward of the higher inhabitants is only completed by their company. [1]

May Allah Most High grant us a loving relationship with someone He loves, that this love may be a means of our own bliss in the next life. Ameen.

And Allah Most High knows best.


Answered by Shaykh Hamza Karamali

Friday, January 7, 2011

AL HUJURAAT (KAMAR-KAMAR) : AYAT 16 - 18

AL HUJURAAT (KAMAR-KAMAR) : AYAT 16 - 18

by FIRMAN ALLAH on Saturday, 08 January 2011 at 10:28

سم الله الرحمن الرحيم

  1. Katakanlah (kepada mereka): "Apakah kamu akan memberitahu kepada Allah tentang agamamu (yakni keyakinan dan keimananmu), padahal Allah lebih mengetahui apa yang ada di langit dan juga bumi dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Tiada masalah bagi Allah untuk mengetahui isi hati manusia itu samada mereka itu berhati mulia atau hatinya telah rosak dengan kepura-puraan 'kononnya' mereka itu Islam, sedangkan mereka itu sebenarnya tidak taat dan tidak mahu beriman kepada Allah)
  2. Mereka merasa seolah mereka telah memberi nikmat kepadamu (Muhammad Saw) dengan (akuan) keIslaman mereka. Katakanlah (kepada mereka yang berpura itu): "Janganlah kamu merasa telah memberi (rasa) nikmat kepadaku dengan (akuan) keIslamanmu (itu), sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat (yang banyak) kepadamu dengan menunjukkan kepadamu keimanan (jalan yang benar) jika kamu benar (ingin menjadi sebahagian dari) orang-orang yang benar"
  3. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat (serta Maha Mengetahui) apa yang kamu lakukan.

Penyejuk Kalbu

Zaharuddin.net
Bersabarlah & kamu akan diganjari, pembencimu akan sengaja memotong ayatmu, agar ia dilihat salah. Mereka membaca & mentafsir dgn jiwa kotor & sangka buruk, agar erti perkataanmu mudah dimanipulasi. Itulah sebuah kehidupan yg di akhirat sana pembalasan bagi setiap diri. Jadilah spt muttaqin yg mampu menahan dukacita & ke...sedihan krn mrk yakin hari pembalasan.